Elias Hj Idris
Ketahuilah wahai sekelian sahabat yang budiman bahawasanya permulaan jalan menuju kepada Allah swt itu ialah sabar dan kesudahannya syukur. Ada permulaannya siksa dan kesudahannya gembira; permulaan yang sukar dan kesudahannya terbuka semua pintu, tersingkap segala rahsia dan tiba ke kemuncak cita-cita dan harapan - iaitu ma'rifatullah, sampai ke hadrat Allah swt, bermesra-mesra dengan berada di sisiNya bersama sekelian para malaikatNya.

Sesiapa yang mengiringkan (menjalankan) kesemua urusannya dengan sabar yang elok dan manis, nescaya akan memperoleh segala kebaikan, akan sampai kepada semua cita-cita dan tujuan serta berjaya mencapai segala maksud yang dituntut.

Melakukan segala urusan dengan sabar

Kategori Nafsu

Ketahuilah kita bahawa nafsu itu pada mulanya ammarah bis-su', yakni menyuruh berbuat yang jahat dan melarang daripada yang baik. Jika seseorang itu menentangnya dengan sabar dan melawan kesemua tuntutan hawa nafsunya maka bertukarlah ia kepada nafsu lawwamah. Ia adalah nafsu yang mencela kejahatan, dengan satu muka ke darjat mutma'innah dan muka yang lain ke darjat ammarah; sekali ia menyuruh berbuat jahat dan sekali lagi menyuruh berbuat baik.

Jika seseorang itu seterusnya mendapat taufiq dari Allah swt lalu memimpin nafsunya ke jalan Allah Taala dengan pimpinan yang penuh kecenderungan kepada apa yang ada di sisi Tuhannya, maka ia bertukar lagi ketika itu menjadi mutma'innah. Ia menyuruh kepada berbuat baik dengan merasakan penuh kemesraan dan kelazatan, serta melarang membuat jahat sambil merasakan kebosanan dan kebencian.

Bagi orang-orang yang memiliki nafsu mutma'innah ini akan berasa takjub dan hairan apabila melihat sesetengah manusia yang mengabaikan ketaatan kepada Allah swt. Padahal dalam ketaatan itu terisi perasaan mesra, kelapangan dada dan kelazatan. Sedangkan bagi mereka yang cenderung melakukan maksiat dan menurut kehendak nafsu syahwat - di mana sewaktu dalam kemaksiatan itu terisi perasaan duka-nestapa, pahit-getir dan rasa ketidak-tenteraman!

Bagi orang yang telah mencapai nafsu mutma'innah itu menjangka bahawa mereka itu tentu telah mencapai dan merasakan kedua-dua keadaan berkenaan sebagaimana dia pernah mencapai dan merasainya sendiri. Kemudian dia akan kembali menyelidiki akan dirinya sekali lagi dengan mengingatkan dirinya bahawa segala yang pernah dirasai sebelum itu, iaitu ketika mengecap kelazatan dalam menurutkan kehendak hawa nafsunya, dan ketika dia merasakan pahit-getirnya dalam menjalankan ketaatan maka barulah dia sedar bahawa dia tidak sampai ke tingkat di mana dia sedang berada di waktu itu - melainkan sesudah dia melalui satu perjuangan yang panjang dan percubaan yang berat daripada Allah swt.

Oleh yang demikian wahai sahabat yang budiman sekelian, ketahuilah bahawasanya sabar dalam menjauhi maksiat dan meninggalkan kesemua kehendak syahwat, dan sabar dalam melazimkan diri untuk mengerjakan ketaatan itulah yang bakal menyampaikan kita kepada segala rupa kebaikan, dan yang akan menjamin bagi diri masing-masing memperoleh kedudukan yang mulia dan keadaan yang istimewa di sisi Allah swt.

Firman Allah swt;
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan sempurnakanlah kesabaran itu dan perteguhkanlah kekuatan kamu serta patuhlah kepada Allah, moga-moga kamu beruntung."  -  Ali-Imran: 200

FirmanNya lagi;
"Telah sempurnalah perkataan yang baik dari Tuhan untuk anak-anak Israel disebabkan kesabaran mereka."  -   Al-A'raaf: 137

FirmanNya lagi;
"Dan Kami jadikan di antara mereka itu beberapa pemimpin yang akan memberikan pimpinan dengan perintah Kami, apabila mereka bersabar, dan mereka yakin kepada keterangan-keterangan Kami."  -  As-Sajdah: 24

Sabda Rasulullah saw;
"Di antara kurnia-kurnia yang sangat sedikit diberikan kepada kamu ialah sifat yakin dan keteguhan dalam sabar."

Apabila seseorang mukmin telah memperoleh nasib yang cukup dari kedua-dua sifat tersebut, yakni keyakinan dan kesabaran nescaya dia tidak akan peduli (berasa kesal lagi) seandainya ada yang terluput dan terlepas daripada bangun di tengah malam ataupun berpuasa di siang hari.
3 Responses
  1. Black Ops Says:

    JALAN2 MENUJU ALLAH - ANTARANYA SABAR HADAPI UJIAN... Salah satu contohnya seperti perjalanan Nabi Musa AS berguru dgn Nabi Allah Khidir AS bagi mendalami Bab Iman. Kerana sabar itu sebahagian dari sifat2 orang yg beriman. Antara syarat2 perguruan mahulah bersabar, jangan sekali2 bertanya apa yg Nabi Khidir AS lakukan. Jika dilanggar syarat2 perguruan maka terputuslah perjalanan perguruan. (Surah AlKahfi : Ayat 60 - 82)...

    (1) DiPerbatasan Pertama : Nabi Khidir AS telah menebuk sampan milik nelayan mencari rezeki tangkap ikan dilautan. Nabi Musa AS tidak sabar lalu bertanya : Mengapa dikau telah menebok melubangi sampan nelayan hingga bisa mengkaramkan penumpangnya? Sesunggohnya dikau telah membuat sesuatu yg membahayakan. Nabi Musa telah melanggar syarat perguruan, tapi masih bisa dimaafkan. Lalu mereka meneruskan perjalanan.

    (2) DiPerbatasan Kedua : Nabi Khidir AS telah membunuh saorang bayi kecil. Nabi Musa AS sekali lagi tidak sabar lantas bertanya : Mengapa dikau telah membunuh saorang bayi yg tidak berdosa? Sesunggohnya dikau telah membuat kemungkaran. Pelanggaran syarat kali kedua oleh Nabi Musa AS masih bisa dimaafkan. Nabi Khidir AS masih sudi lagi terima Nabi Musa AS sebagai muridnya. Maka mereka meneruskan perjalanan...

    (3) DiPerbatasan Ketiga : Nabi Khidir AS telah baiki dinding rumah milik Anak Yatim yg hampir roboh. Dibawahnya tersembunyi harta pusaka Ayahnya hanya utk anaknya yg soleh. Dikala ini Nabi Musa AS sekali lagi tidak sabar lantas segera bertanya lagi : Mengapa dikau tidak minta upah kerana telah membaikinya? Pada pertanyaan kali ketiga ini, Nabi Khidir AS sudah tidak sudi lagi terima Nabi Musa AS sebagai muridnya. Maka terputuslah perjalanan perguruan antara Nabi Musa AS dgn Nabi Khidir AS, berpisah bercerai tanpa edah dgn talak 1...

    Apakah hikmah pengajaran dari kisah2 perguruan perjalanan mereka itu? Wallahu'alam...


  2. Black Ops Says:

    KESIMPULAN KEFAHAMANNYA...

    (1) DARI SUDUT KEPENTINGAN SYARIAT : Pertanyaan Nabi Musa AS diperbatasan pertama dan kedua itu berbentuk kepentingan Syariat. Walau pun Nabi Musa AS telah melanggar syarat perjanjian perguruan, namun kesalahan tersebut masih bisa dimaafkan, kerana masuk akal. Maka Nabi Khidir AS masih sudi lagi menerima Nabi Musa AS sebagai muridnya, lantas mereka meneruskan perjalanan perguruan hingga keperbatasan ketiga...

    (2) DARI SUDUT KEPENTINGAN HAKEQAT : Pertanyaan Nabi Musa AS diperbatasan ketiga itu berwajah kepentingan Diri. Mintak upah itu sudah berbentuk memenuhi Nafsu Diri yg sangat berlawanan bertentangan dgn jalan2 SiMurid yg baru berjalan. Diperingkat ini Nabi Khidir AS sudah tidak sanggup lagi terima Nabi Musa AS sebagai Muridnya. Akhirnya bercerailah mereka dgn talak satu, tanpa edah... Bermakna perguruan mereka itu masih bisa dirujuk semula, dgn syarat Nabi Musa AS betul2 kenal siapa dia Nabi Khidir AS...

    Kot2 begitu agaknya salah satu versi tafsiran dari saorang Sang Pengembara - kisah perguruan Nabi Musa AS dgn Nabi Khidir AS, yg penuh dgn lambang2 dan kiasan2 yg tidak bisa difahami secara nalar akal. Melainkan oleh mereka itu yg telah menyelami mengenali apa itu BahrulWujud dihamparan ujud... "Kesabaran dlm menghadapi ujian2 dari Allah itu sebahagian daripada Iman"... Wallahu'alam.....


  3. Anonymous Says:

    Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.