Elias Hj Idris
Oleh: TNL Kasim Ibni TNL Ahmad

Kami telah menceritakan bagaimana negeri Siam Lancang dibuka seperti yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Negeri Siam Lancang dibuka oleh Raja Siam Islam bukan oleh Raja Thai. Raja Siam beragama Islam sementara Raja Thai beragama Thevarada Buddha. Bangsa Thai berasal dari Tibet, iaitu bangsa Nyajud yang lari dari zaman Raja Iskandar Zulkarnain dahulu.

Benua Siam Islam Kedah

Sejarah bermula apabila Raja Nyajud Buddha Aluang Phraya dari keturunan Rama Khamheang Burma datang dari Tibet. Mereka telah menubuhkan kerajaan Buddha Lanna Thai Chakri Sokho Thai di Luang Phra Bang, dalam wilayah Benua Islam Siam Kedah. Pada tahun 1736, bermula secara baik, bangsa Thai memasuki Benua Islam Siam Kedah, di zaman dinasti Ayut’ia Cau Pija Si Thammrat, Maha Thammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansur Syah masih lagi memerintah (Undang-Undang Kedah muka surat 16 dan 17) sebagai  Syah Alam Yang Maha Mulia dan bersemayam di Kota Palas, Pulau Langkawi Kedah.

“Meanwhile in the 13th century the most celebrated of early Thai states was the kingdom of Sukhothai. Modern Thais regard Sukhothai as the birthplace of the Thai nation, particularly under Ramkhamhaeng, king c.1279 – 1298, whose rule is celebrated by the Sukhothai stone – an inscribed obelisk reputedly discovered in 1833 by the Thai prince Mongkut, then a monk and scholar and later Thailand’s first modernising monarch. The inscription portrays Sukhothai as an idyllic place, governed by a just, fatherly and devoutly Buddhist monarch. Possibly it is Ramkhamhaeng’s self-justifying counterblast to the arrogance and avariciousness of imperial Angkor. In recent years the stone’s authenticity has been questioned, some sceptics arguing that Mongkut himself devised the inscription to give his people an appealing early history”.History of South Asia, Asean Focus group.

Usaha ke arah mengubah sejarah ini telah dijalankan bukan semenjak zaman Rama I yang terkenal sebagai penulis malah turut disambung di zaman Mongkut. Strategi yang sama turut dilakukan oleh Inggeris dalam usaha memadam tamaddun Islam di nusantara ini.

Pada tahun 1752, bangsa Thai menyerang Raja Siam Toung Oo, Maha Dammaiyaza (Dipati) Syarif Syah yang ketika itu bersemayam di Istana Ayuthia Mandalay. Mereka menukar nama Negeri Siam Toung Oo menjadi negeri Burma. “Burma” dalam bahasa Siam bermaksud “puak pendatang”. Maha Dammaiyaza Syarif Syah berpindah balik ke Ayuthia dari Toung Oo. Baginda adalah anakanda kepada Cau Pija Si Thammrat, Maha Tammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansur Syah.

Pada tahun 1758, berikutan kemangkatan Maha Tammaraja II (Boromokot) Sultan Muhiyuddin Mansur Syah, mereka bertindak mengepung serta mengusir Raja Siam Kamboja, Pho Chan Sultan Mud Zafar Syah III, anakanda kepada Maha Raja Siam Dinasti Ayut’ia, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia yang ketika itu memerintah di Kemboja di Cempakasari. (Maha Dammaiyaza (bahasa Arab ni) Raja Toung Oo, Boromoraja V Ekataat dan Syarif Yang Di Pertuan adalah orang yang sama!).

Baginda Po Chan menjadi Raja Islam di Kamboja Cempakasari. Dalam peperangan dengan raja penjajah bangsa Thai ini, Aluang Praya dari Burma ini berjaya dibunuh oleh tentera Islam Benua Siam Kedah Kheag Tesh di sebuah tempat yang kemudiannya digelar Taikala. “Taikala (tai-kha-la) adalah bahasa Siam yang bermaksud “mati dibunuh”. Po Chan bersama pengikutnya kembali ke Kedah dan ditabalkan menjadi Raja Kuala Kangsar dan hari ini kita mengenali baginda sebagai Sultan Mudzaffar Syah III, Perak atau Raja Kemboja.

“During the reign of the Vietnamese king, Minh MÕng, the Champs were severly persecuted. As a consequence, the last Champa Muslim king, Pô Chan, decided to gather his people (those on the mainland) and migrated south to Cambodia. Whereas those on the coastline, they migrated to Trengganu (Malaysia). The area where the king and the mainlanders settled is still known to this day as Kompong Cham. They were not concentrated in one area but were scattered along the Mekong river in Vietnam, forming 13 villages along it. Throughout the years, their children were sent to Kelantan (Malaysia) to learn Qur’an and Islamic studies. Once studies were completed, these children then return home to teach others in these 13 villages”.
http://www.angelfire.com/vt/vietnamesemuslims/hstry.html

Pada tahun 1767, tentera Buddha Chakri Sokho Thai menyerang Kota Ayut’ia, tempat bersemayamnya Maharaja Benua Siam Kedah Kheag Tesh, Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia. Baginda kemudiannya berundur ke Ligor dan kembali ke Kedah. Pada tahun 1782, Raja Buddha Aluang Phraya Burma Chakri Sokho Thai melantik anak menterinya, Chula Lok (bermaksud anak-menteri) menjadi Raja Thai Rama I Ayut’ia negeri Siam (Thai menjajah negeri Siam).

“Rama I (reigned 1782–1809) had been born of a Thai father – a relatively minor Ayudhyan official though of aristocratic lineage – and a Chinese mother”. History of South Asia, Asean Focus group.

Wat didirikan di mana-mana saja

Pada tahun "Musuh Bisik" 1821, Kedah pula diserang oleh Rama II Chakri Sokho Thai. Tentera Raja Buddha Bangsa Thai ini telah datang khusus untuk membunuh Maha Raja Benua Siam Kedah Kheag Tesh, Boromoraja V, Ekataat Syarif Yang Di Pertuan yang pada ketika itu bersemayami Istana Ayut’ia Benua Siam Kedah Kota Meang Kuang di mukim Wang Tepus dalam daerah Kubang Pasu Kedah.

Rama IV Chakri Sokho Thai Mongkut menukar nama negeri Siam kepada Thailand bersempena dengan nama bangsa mereka, 'Sukho Thai'. Mereka tidak berpuas hati kerana Po Chan Sultan Mudzaffar Syah III masih hidup dan mempunyai zuriat. Zurat baginda ialah Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang. Seterusnya pada tahun 1876, tentera Raja Buddha Thailand, Rama V Chakri Sokho Thai, Chula Luang Khon telah menyerang Kedah dan membunuh Raja Maha Besar Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terakhir, Sultan Jaafar Mad Azam Syah (Nai @ Syed Long Jaafar) di Gurun Kedah dan menjajah negeri Kedah selama lima tahun.

Mereka bersama dengan penjajah Inggeris berusaha menutup salasilah Long Jaafar di Larut Perak. Semasa penjajahan itulah mereka meroboh Istana Ayut’ia Maha Raja Benua Siam Kedah, berjumlah lebih dari lima belas kesemuanya bagi menghapuskan bukti-bukti sejarah bangsa Siam Islam dan sejarah Islam di Kedah.

Pada tahun 1881, Raja Chakri I Thailand melantik Sultan Abdul Hamid Halim Shah menjadi Sultan Kedah dan dikahwinkan dengan puteri kerabat diraja Thailand (sebagai tanda terima kasih dalam usaha menghapuskan Sultan Jaafar Muadzam Syah, keturunan Maharaja Siam), Mak Inchik Manjalara serta membina sebuah wat Buddha di Kampung Bakar Bata di Alor Setar Kedah dan dinamakan Wat Kanchut. Baginda menceraikan isteri pertama baginda, Sharifah Sofiah (keturunan Maharaja Siam Islam) walaupun mempunyai seorang putera. iaitu Tunku Badlishah, ayahanda kepada Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah pada hari ini.

Pada tahun 1909, Raja Buddha Thailand menyerahkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu kepada pihak Inggeris. Mereka tidak menyerahkan Patani, tetapi telah meletakkan raja-raja yang dilantik dari keturunan mereka di Kelantan dan Kedah. Di Kedah, berikutan campur tangan TNL Mahmud, Tunku Badlishah menaiki takhta kerajaan Kedah sebagai Sultan Kedah. Ini berlaku kerana Sultan Abdul Hamid mangkat di zaman Jepun sewaktu penjajah Inggeris dihalau ketika itu. Jepun dikatakan menyerahkan kembali wilayah Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu kepada kerajaan Siam Islam Kedah, bukan kepada Thai yang menjajah negeri Siam sekarang.

Oleh yang demikian TNL Mahmud sebagai waris Maharaja Siam telah dibenarkan oleh Jepun untuk menabalkan Sultan Badlishah, menaiki takhta sebagai Sultan Kedah. Inilah sejarah yang cuma digelapkan oleh Inggeris sekembalinya mereka dalam tahun 1945. Maka bermulalah propaganda mereka memperburukkan tentera Jepun. Padahal mereka dan Thai lebih jahat dan kejam berbanding dengan Jepun yang cuma berada di rantau sini selama 3 tahun sahaja.


Penjajah Inggeris dari Fort Cornwallis, Pulau Pinang telah membekalkan serbuk peledak kepada Thai (1876-18810), menggunakan tenaga buruh dari India untuk menghapuskan segala bukti tamadun Islam Benua Siam Kedah Kheag Tesh yang terdapat di negeri Kedah (Lembah Bujang) dan Perak (Kota Beruas). Inggeris membantu tentera Thai merobohkan istana-istana, menukar nama candi bangsa Siam Islam kepada candi beragama Hindu. Sebaliknya, mereka berusaha menanam patung-patung Hindu yang dijumpai oleh ahli arkeologi mereka di India untuk mengaburkan pengkaji sejarah kita pada hari ini.
Elias Hj Idris
Lokasinya di sekitar 3 hujjaj yang bertudung warna 'pink' itu

Waktunya lepas solat maghrib.

Sedang saya bersenang-senang di suatu tempat (kira-kira sekitar tempat 3 hujjah yang bertudung warna pink itu berada), menghadap ke arah Maqam Ibrahim. Saya mula keluarkan buku-buku kecil selawat 144 (tak ingat namanya!), tasbih dan buku catatan dari dalam beg kecil Tabung Haji. Cadangnya ingin zikir dan bertasbih sementara menunggu waktu isya'.

Jemaah yang lain semakin berkurang, ramai yang bangun menuju ke bangunan Ka'abah - mungkin untuk mengerjakan tawaf atau, solat dan berdoa. Ada 4-5 orang keturunan mungkin Arab Afrika di sebelah kanan sejarak 2 meter. Di kiri ada seorang-dua agak jauh di hadapan.

Sekonyong-konyong datang dari arah depan seorang wanita ranggi, dengan beg Louis Vuittonnya tersandang di bahu dengan sejadah terjuntai bulu di dalamnya. Dia terus duduk di sebelah kanan saya; benar-benar di sebelah! Saya memerhatikan, tetapi tidak begitu ambil endah. Yeah... di tempat tumpuan ramai, biasa la begitu keadaannya. Namun melihat daripada gayanya dia baru berusia sekitar awal 20an. Pelik pun ada, sedangkan ada banyak ruang lagi di sekitar tempat itu -100 orang pun boleh muat. Kenapa di sebelah itu juga pilihannya?

Orangnya sederhana, tidak gempal dan tidak pula terlalu kurus. Bentuk agak berisi daripada kebanyakan model terkenal. Lawanya lebih kurang macam model - dengan kulit putih-lembut, berhidung mancung dilengkapi sepasang mata yang menarik. Dia duduk selamba, kemudian mengeluarkan senaskah terjemahan al-Quran saiz 6x5inci. Dibukanya bahagian tengah sambil terus menatap.

Saya tidak menghiraukan sebab, saya pun ada jadual sendiri - wirid dan membaca selawat itu kira-kira 30 minit baru selesai sebuah buku. Orangnya sukar untuk diterka dari mana. Jika dari Malaysia di atas telekungya tidak pun bertulis Malezie. Jika Indonesia, tiada pula gelang rantai di tangannya. Singapura pun bukan, dan jika Brunei - tidak mungkin dia bersendirian begitu. Ada sesekali menoleh, tetapi tiada apa-apa reaksi daripadanya. Bagus orangnya. Cukup feminin.

Masa berlalu tanpa menghiraukan apa-apa. Dia masih juga dengan gelagatnya; kusyuk dengan naskah terjemahan itu. Lama juga kami dengan hal sendiri-sendiri. Entah bagaimana, saya menoleh kepadanya lalu terpandangkan beberapa helai rambutnya berjuntaian di sebelah dahi kanannya. Saya tidak hiraukan. Kemudian teringat pula, baginya itu adalah aurat. Kasihan juga.

"Err... your hair...," saya menegur sambil menunjukkan isyarat dengan jari.

Dia tidak menjawab, sekadar membetulkan rambutnya itu. Kemudian menjeling pun tidak. Okey la.


Saya terus juga berwirid sambil sesekali tertarik juga perhatian pada sekian ramai jemaah yang lalu-lalang di sebelah kami. Agak bernasib kami tidak dilanggar kerana sekitar tempat itu kami membentuk seakan-akan satu pulau; secara berkelompok. Agak jauh sedikit daripadanya ada beberapa orang jemaah - mungkin satu kumpulan atau berkeluarga. Sementara kami berdua - agak berdekatan macam satu pasangan; bezanya tidak pun bertegur-sapa.

Alhamdulillah, amalan rutin sudah selesai cuma ditambah mana yang patut - ikut teringat.

Kemudian saya menoleh kepadanya. Baru saya terperasan sejak mula dia tidak pun beralih daripada muka surat naskah terjemahan yang dipegangnya. Jari-jemarinya bergerak-gerak - seakan-akan tidak concentrate bagaikan menunggu sesuatu kemungkinan, agaknya. Ah, biarkan.

Saya terus juga berzikir, tasbih dan sesekali menoleh kepadanya; pun sama. Dia masih tetap di muka naskah yang sama. Daripada gaya renungannya, saya percaya hatinya bukan di situ... bukan di naskah terjemahan itu. Ia dapat dilihat pada jari-jemarinya yang tidak tinggal diam. Jarinya bergerak-gerak, tetapi tidak juga menyelak muka suratnya!

Dan berbeza daripada selalu, itulah saat saya menjadi orang yang paling baik. Saya tidak pun menyapanya, usahkan untuk bertanyakan khabar atau mencari peluang untuk berkenalan. Sedangkan sebelumnya dengan mamat negro dari Nigeria yang cakap 'broken' English itu pun dapat diajak berbual. Demikian juga dengan tokoh pengusaha kain dari Pakistan, pun saya berjaya dapatkan alamatnya di sana.

Tetapi tidak dengan gadis itu. Sesekali mata nakal ni meleret pada beg dan cara 'dressing'nya; memang seorang gadis yang ada kelas. Paling tidak pun dia mungkin dari keluarga orang berada. Ya la... jika tidak masakan membimbit beg besar Louis Vuitton yang pada masa itu sahaja berharga sekitar RM350 di Kuala Lumpur. Kain sejadah yang dibawa pun rambunya dari jenis yang mahal.

Hinggalah azan dikumandangkan. Dia masih di sebelah. Naskah terjemahan itu disimpan ke dalam begnya. Sejadah pun masih tidak dikeluarkan. Dia berlagak biasa mengikut seruan azan yang kerap meremangkan disulami rasa sendu itu. Yeah, sebaik azan maka solat sunat didirikan. Dia masih juga di sebelah saya dengan begnya di sebelah sana.

Hingga ke solat isya', kami solat bersebelahan; rapat-rapat tanpa ada rasa apa-apa. Dan apabila selesai solat dan berdoa, kami mengerjakan solat sunat, dan si gadis itu masih di situ kemudian mengemaskan begnya - dia menunggu sambil matanya dileret pada pandangan yang pendek-pendek! Saya masih enak-enak di situ dengan buku, tasbih dan buku catatan yang ada di hadapan. Tiada rancangan yang jelas selepas itu.

Kira-kira 10 minit dia seakan-akan menunggu, namun ya... saya masih tidak berhasrat apa-apa. Walaupun dalam hati itu tertarik juga. Mana mungkin ya, saya masih di dalam ihram ifrad! Jadi, tidak tergerak hati itu untuk menyapa.

Sebentar kemudian, dia bangun seakan meminta diri... dan saya mengangguk serta dia berlalu di depan menuju ke arah Ka'abah. Saya cuma memerhatikan lenggoknya. Kemudian saya teringat, dia memakai stokin putih, tetapi pada tumit dan tapak di depannya langsung tiada kesan hitam bekas tapak kaki yang puas melatam. Sedangkan, sebelum itu dia tentu sudah berjalan agak jauh sehingga datang duduk di sebelah. Saya perhatikan dia berlalu, kira-kira 15-20 langkah baru hati ini terdetik. Siapakah dia gerangannya itu?

Saya segera mengemaskan barang-barang dengan harapan untuk mengekorinya. Dan ketika saya mahu bangun, susuk tubuh yang menggamit perasaan itu telah hilang dari pandangan. Saya memandang ke sekeliling. Belum putus asa dan masih belum mahu percaya. Suasana yang telah semakin reda... adalah tidak mungkin dalam sekejapan dia boleh hilang begitu sahaja. Memang di sekeliling Ka'abah ada orang bertawaf... pun dia masih jauh dari sana. Tidak mungkin dalam sekejapan dia boleh berada di sana - bersama orang tawaf.

Saya mengekori arah dia menghala ke Ka'abah; terus ke multazam dengan harapan mungkin dia akan mengerjakan tawaf. Susuk manja itu tidak ada di sana. Hanya yang kelihatan susuk-susuk besar agam minah Afrika yang kasar dan bisa melanggar sesiapa sahaja.

Para jemaah di sekeliling semakin reda. Rata-rata bangun menuju ke arah Ka'abah dan ada yang membawa diri pulang ke rumah.

Dan hingga ke hari ini susuk gadis itu masih jelas terbayang di ruang mata; setelah hampir 25 tahun masa berlalu. Dan apa yang kerap bermain di ruang ingatan; siapakah gerangan si gadis itu?
Elias Hj Idris
Di pagi minggu yang berkat ini elok kita relaks dan bersantai meringankan beban fikiran yang mungkin sedang berkecamuk dan menerawang. Kita melangkau ke Yamen yang terletak di selatan semenanjung tanah Arab.

Dengan ihsan teman di sana, kita dapat munafaatkan beberapa pemandangan daripada petikan kamera yang punya nilai seni dan cita rasa. Ada cerita di sebaliknya - tanda ia bukan sembarangan.


Sudut yang dirakamkan menunjukkan pemiliknya punya cita rasa. Nilainya besar bagi mereka yang tidak berpeluang ke sana. Dan keceriaan yang dipaparkan begitu mendambakan.


Yamen merupakan sebuah tempat yang cukup menarik. Bandar lama San'a yang telah wujud sejak 2,500 dahulu mempunyai seni arkitek yang tidak ternilai harganya. Bangunan diukir sedemikian rupa siap dengan bingkai yang indah dilekapkan dengan cermin-cermin gelap.


Konsepnya cukup berbeza, unik dan mendamaikan. Malah San'a telah diiktirafkan sebagai  Bandar Warisan Dunia pada tahun 1986. Di dalamnya terdapat bangunan lama - 400 tahun usia di samping mempunyai kira-kira 100 buah mesjid.


Bab al-Yaman

Bab al-Yaman merupakan pintu masuk ke bandar ini. Kawasan dagangnya ialah di Al-Madina di mana letaknya Istana Presiden.

Ha'il, San'a

Perlu diingat, Imam Muhammad Idris as-Syafie telah beberapa kali berkunjung ke sini. Lantaran konsep pengajian Islamnya yang masih tidak tercemar dengan sebarang campurtangan yang menjejaskan kemuliaan Islam.

Naskah tertua al-Quran ditemui di Yamen

Dan saya diberitahu oleh sdra petehkaki, seorang lagi rakan di sana ada beberapa buah pusat pengajian sufi yang terkemuka di Yamen. Dan ia menjadi kerinduan saya untuk berkunjung  - pada suatu ketika nanti.

Dekna Suryana Shuaib El-Huseini

Apa pun paling istimewa, saya ingin mengucapkan terima kasih di atas kesudian Dekna Suryana di atas kesudian dan budi baiknya kerana membenarkan titipan gambar koleksi beliau di blog yang tidak sepertinya ini. Tidak lupa penghargaan kepada suami beliau yang tentu turut mengizinkan.

Bersama suami tercinta

Menariknya gambar ini - tanda 'peace' di belakang sana tu!

Bersama abah, Hj Shuaib El-Huseini

Apa yang menarik tentang keluarga bahagia ini ialah keceriaan yang mereka miliki.

Salam buat keluarga semua. Maaf mana yang terkurang atau tersilap acara.

Jazakallahu-khairan kasiro.
Elias Hj Idris
Apabila seseorang telah dapat mengalahkan pertimbangan dan pendapat pancainderanya, dan memakai neraca pendapat akalnya bererti dia telah sampai ke tingkat pertama dalam ilmu tasauf - walaupun berlainan jalan. Kaum filsafat melalui dan menempuh jalan akal untuk sampai ke tujuannya mengenal Allah, sedangkan kaum sufi menempuh jalan ruh.

Kaum filsafat berpendapat mereka mempercayai bahawa akal itu terpelihara daripada sebarang kesalahan, tetapi ia ditentang oleh kaum sufi. Kaum filsafat atau kaum 'akal sendiri' sudah bertentangan antara satu dengan yang lain dalam menetapkan pendapat mereka terhadap Tuhan dan sifat-sifat ketuhanan. Mana mungkin akal itu bersifat maksum?

Bagi kaum sufi, akal itu hanya digunakan sebagai tangga untuk mencapai kebenaran, di mana ia tidak maksum. Lantaran, akal itu terkadang bersifat benar dan selalunya menerawang. Apatah jika ia melibatkan bidang yang tidak dapat dicampuri oleh pancaindera lagi. Perlu diingat, akal sekadar dapat menyuluh ke jalan ketuhanan - tetapi apabila sudah masuk ke sana maka lampu lanteranya sudah tidak berguna lagi.

Selain daripada ulama filsafat (ulama 'akal sendiri'), ahli-ahli akal, ahli masyarakat, ahli akhlak turut mengolok-olokkan tasauf dengan hebat sekali. Mereka berpendapat, ilmu tasauf dan didikannya tidak baik dijadikan pedoman hidup amali - masyarakat akan jadi tidak teratur. Jika atas dasar zuhud, kita takkan jadi manusia yang maju dan kuat!

Jika diperhalusi, dambaan dan tohmahan ini bukan meremehkan dasar tasauf, tetapi ia yang banyak membantu. Dasar-dasar zuhud dalam tasauf sebenarnya membawa manusia agar memandang hidup atas dunia ini sebagai mudah; nilai kebendaannya tidak besar; perasaan hidup sederhananya ada di mana-mana; beza tingkat kehidupan hampir tidak ada. Demikianlah corak kehidupan para sahabat.

Di Mana Letak Kedudukan Tuk Guru Ini?
Nota: Cuba lihat aura di antara kedua-dua air muka: yang mewakili 2 golongan ini.


Ada kalangan sahabat yang kaya-raya, tetapi tidak menonjol. Jumlah kekayaan itu tidak membezakan gaya hidup malah tidak pun menarik perhatian kebanyakan mereka. Contohnya, apabila timbul keperluan untuk sumbangan jihad dsb, langsung tidak ada yang keberatan. Ada yang memberi keseluruhan harta yang ada. Uthman bin Affan bisa menyerahkan separuh daripada hartanya, tetapi tidak lama kemudian dagangannya tambah menjadi, berkat dan dia jadi bertambah kaya lagi.

Namun kekayaan itu tidak memberi makna apa-apa dalam kehidupannya sehari-hari. Sikap serta kepatuhannya terhadap tatatertib syariat Islam tidak pun berkurang. Itu sebab kehidupan para sahabat pada 9 Zulhijjah 10 Hijriah telah diceritakan Allah dalam al-Quran dalam surah al-Maidah: 3 sebagai hidup yang sebaik-baiknya - diredhai Tuhan.

Pada orang-orang sufi yang melihat dan mengenal Allah melalui jalan tariqat, tidak pernah mendabik bahawa hanya jalan mereka sahaja sebagai benar. Mereka tetap mengiktiraf orang mukmin lain yang tidak melalui jalan tasauf sebagai mukmin dan muslimin yang benar. Sebab mereka faham, contohnya jalan untuk menjadi seorang pembesar sentiasa tersedia dan bisa diusahakan. Demikian juga untuk menjadi kaya, semua orang mampu mendapatkannya. Namun tidak semua manusia akan menjadi pembesar dan tidak semua orang yang akan menjadi kaya-raya!

Teori untuk memiliki ilmu yang tinggi pun begitu. Semua orang boleh belajar, tetapi tidak semua orang yang akan menjadi alim. Ada faktor yang lebih berkuasa dan mutlak; iaitu ketentuan dan kemahuan dari Yang Maha Kuasa. Hanya orang yang ditetapkan sahaja akan menjadi raja, punya kekayaan melimpah-ruah dan menjadi alim ulamak.

Lantaran ilmu tasauf ini termasuk dalam nilai ilmu yang tinggi, maka bukan sembarangan orang yang akan dapat mencapainya. Jadi, untuk mencapai sesuatu yang bernilai tinggi seperti ilmu tasauf seseorang itu perlu miliki iman yang baik, kemahuan yang kuat, berilmu, mempunyai akal dan seterusnya berhati baik. Jadi, berbahagialah mereka yang bisa mencapai cita-cita tersebut.

Ulama tasauf sekadar menjukkan jalan untuk sampai 'mengenal Allah', tetapi tidak pernah memperlekeh jalan-jalan yang lain. Ia berbeza dengan kaum fuqaha dan ulama kalam yang sering menghentak kaum sufi dan tasauf. Ia berbeza dengan ulama-ulama besar dalam ilmu fiqh seperti Imam Syafie dan Ahmad bin Hanbal yang mengakui kelebihan tasauf serta dengan kemuliaan yang tinggi.

Imam Syafie pernah menuliskan surat kepada Abu Hamzah as-Sufi dengan menyatakan, "Haraplah tuan ajarkan kami, wahai sufi." Imam Ahmad bin Hanbal pernah bertanyakan masalah fiqh dengan Syaiban ar-Ra'i pada hal kedua-dua imam mazhab itu tiada bandingan kepakaran mereka dalam bidang hadis dan fiqh!

Pada dasarnya, tidak harus timbul pertentangan di antara ulama fiqh dan ulama kalam dengan ahli tasauf. Biasanya, punca pertengkaran dan perbalahan yang timbul adalah berkait dengan soal keduniaan jua. Ia berkait dengan soal kehidupan, kedudukan dan masalah nafkah.

Contoh, ahli-ahli tasauf menyeru bahawa orang-orang yang faqih, syarat utamanya mestilah abid dan banyak menyembah Allah swt. Kedua, mereka harus mengetahui sekelian had (batas-batas) yantg telah ditetapkan Allah. Jika mereka tidak tahu batas-batas ini mana mungkin seseorang itu mampu menyebut dirinya sebagai abid dan faqih? Bagaimana seseorang itu akan menjadi penyembah setia jika dia tidak arif dengan segala batas perintah dan larangan Allah swt?

Dan seseorang itu tidak mungkin akan menjadi abid jika tiada ilmu yang cukup. Kemudian setelah mempunyai ilmu yang cukup, belum tentu lagi seseorang itu akan menjadi abid. Lantaran ada kalangan fuqaha yang tidak abid. Itupun tidak menjadi apa-apa halangan bagi kaum sufi dan tasauf. Cuma pada pandangan ramai - pemerintah dan rakyat biasa akan memandang tinggi dan mulia terhadap mereka yang hidupnya bersih dan sederhana.

Hj Harussani Zakaria Yang Sering Menentang Arus
...Dari Kalangan Fuqaha

Biasanya, orang-orang yang zuhud dan ahli tasauf lebih mudah mencapai hidup yang suci berbanding dengan yang lainnya; lantaran hubungannya dengan keduniaan tidak banyak. Jadi, dalam hal ini sekelian penguasa, orang-orang kaya dan ternama akan lebih menghargai dan memuliakan kaum sufi berbanding dengan pihak lain. Jadi, ini yang menjadi punca sakit hati golonga faqih yang tidak mencapai perhatian selayak kaum sufi.

Dan mereka pun mula mencari kambing hitam dari kalangan ahli tasauf. Kambing hitam itu pun memang ada, cuma jika hendak dikira peratusannya jauh lebih kecil daripada kalangan kaum fuqaha.

Seterusnya, kaum sufi sering mencuri tumpuan umat. Kalangan ramai yang biasa tekun dalam ilmu fuqaha, kemudian apabila masuk ke dalam halaqah ahli tasuf sudah tidak bisa untuk meninggalkannya lagi. Sebab mereka berasakan bahawa apa yang ada pada halaqah fuqaha, turut ada pada halaqah kaum sufi. Dan sebaliknya, apa yang ada pada halaqah kaum sufi tidak ada pada halaqah fuqaha!

Dalam soal perebutan kehidupan ini, hal keagamaan juga turut dipolitikkan - serangan kaum fuqaha terhadap kaum sufi. Ia seolah-olah menjadi warisan dan kebiasaan sehingga timbul 'perang dingin' yang tertuju kepada kalangan sufi, tetapi tidak sebaliknya.

Bagi kaum sufi, walaupun mereka mengkritik kaum fuqaha, tetapi mereka tidak pernah menyalahkan ilmu fiqh dan kaum fuqaha; lantaran ia merupakan tangga yang harus ditempuh oleh setiap orang baru yang menempuh tangga kedua sufi. Mereka cuma menegur kekurangan beribadat yang terdapat di kalangan kaum fuqaha.

Atau mereka menegur sebahagian tradisi kaum fuqaha yang asyik tenggelam dalam memperluaskan masalah debat dengan memperbesarkan amalan-amalan zahir, tanpa memerhatikan faktor ruhaniah lagi - dalam hukum-hukum fiqh mereka sendiri!
Elias Hj Idris
"Bangsa Jin dan Muka Setan":
Ayah saya saksikan upacara ini setiap pagi di jembatan
Pengkalan Baru, dekat Pantai Remis, Perak.
Selepas dipancung badan mangsa diterajang masuk sungai.

Nota: Nampakkah serak percikan darah di atas tanah?

Kejadian jin yang semulajadinya daripada api, kecepatan, gerak-geri dan keringanannya merupakan faktor yang mendorong sesetengah golongan manusia cuba menghubungi jin dan mempergunakan mereka. Ada yang cuba meminta perlindungan serta mematuhinya seperti yang disebutkan dalam al-Quran;

"Dan sesungguhnya ada beberapa orang  daripada manusia meminta perlindungan kepada beberapa orang daripada jin, tetapi jin itu hanyalah menjadikan mereka bertambah sesat."  al-Jin: 6

Demikian secara tegas dan terus-terang ayat yang mulia membentangkan natijah perhubungan manusia dengan jin dan percubaan meminta tolong daripadanya. Kesannya tiada lain selain daripada menambahkan bahaya, kesusahan dan kesulitan. Jin tidak berdaya melindungi manusia daripada bahaya dan tidak pula boleh memberikan apa-apa faedah.

Satu kepercayaan salah yang meluas di kalangan manusia ialah jin dengan segala kebolehan mereka bergerak cepat dan berpindah-pindah dengan mudah dari satu sudut di bumi atau di langit, berdaya mengetahui segala yang telrindung daripada manusia atau membuat ramalan di hari depannya. Sedangkan setiap manusia itu - kerjanya, zaman lampaunya, masa kini dan hari depannya telahpun ditulis di Luh alam dengan suatu cara dan terletak di suatu tempat.

Sedangkan pada hakikatnya, jin tidak pun mengetahui sedikit pun tentang perkara ghaib sama seperti manusia juga. Dia juga tidak dapat meramalkan apa yang bakal dan mungkin berlaku? Malah pengetahuan manusia dan ma'rifat amnya harus lebih banyak daripada pengetahuan atau ma'rifat jin.

Allah swt telah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman jin untuk melaksanakan tugas-tugas yang diperintahkan. Dengan kehendak Allah dan dengan kelolaan Nabi Sulaiman, jin-jin tersebut telah mendirikan kota-kota besar yang cukup teguh. Ia boleh digunakan untuk berperang dan bertahan, mengukir patung-patung kayu, tembaga dan lain-lain jenis logam. Mereka membina kawah memasak yang besar bentuknya dengan kedudukan yang tegap tidak bergegar - letak dengan tetap di atas tanah. Mereka membuat pinggan makan yang panjang, lebar dan besar seperti kolam air.

Jin-jin itu telah menjalankan kerja mereka dengan pantas dan halus sebagaimana yang diceritakan oleh al-Quran. Ia disebabkan kerja-kerja itu adalah kurniaan Allah ke atas Nabi Sulaiman.

Di sebalik tenaga yang begitu hebat dan dengan kecepatan yang teramat sangat, jin-jin itu terus bekerja mematuhi perintah Nabi Sulaiman sehingga mereka tidak sedar akan kewafatan baginda dalam keadaan bersandar pada tongkatnya. Mereka terus bekerja kerana takut akan Nabi Sulaiman sehinggalah tongkat itu rapuh dimakan gegat dan jasad Nabi Sulaiman pun terjatuh ke tanah!

Ketika itu barulah mereka sedar bahawa baginda telah meninggal dunia dan selama itu mereka bekerja bertungkus-lumus mematuhi perintahnya tanpa mengetahui tentang ajal ghaib yang telah ditentukan. Malah mereka pun tidak sedar tentang kewafatan itu walaupun mereka berada hampir dengannya.

Al-Quran telah menceritakan peristiwa ini;

"Dan untuk (Nabi) Sulaiman, (Kami perintahkan) angin (patuh kepadanya); perjalanan pagi sebulan dan (perjalanan) petangnya sebulan dan Kami alirkan kepadanyan hancuran tembaga. Dan di antara jin ada yang bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka daripada perintah Kami, kepadanya akan Kami rasakan siksa api yang menyala.

Mereka (jin-jin itu) mengerjakan untuk (Nabi) Sulaiman apa sahaja yang dikehendakinya, seperti gedung-gedung yang tinggi, patung-patung, piring-piring besar seperti kolam air dan periuk yang tetap (di tempatnya). Bekerjalah, hai keluarga Daud dengan berterima kasih. Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku itu yang tahu berterima kasih!

Setelah (Nabi) Sulaiman Kami wafatkan tiadalah yang menunjukkan kematiannya itu, melainkan binatang bumi yang memakan tongkatnya (beransur-ansur). Setelah ia roboh, teranglah bagi jin itu bahawa kalau kiranya mereka mengetahui hal yang ghaib, tentulah mereka tiada tinggal tetap dalam siksaan yang memberikan kehinaan."  Saba: 12-14.

Demikian terbukti kejahilan jin akan perkara ghaib. Malah kejahilan mereka dengan hakikat yang lebih jelas dan diketahui oleh setiap mata yang memandang, iaitu tentang kewafatan Nabi Sulaiman.

Jin mempunyai perhitungan dengan manusia. Jin dijadikan daripada api, dan api mempunyai tabi'at menyakiti, membinakan dan meruntuhkan. Andainya padam, ia hanya meninggalkan kemusnahan. Walaupun mengandungi berapa faedah namun faedahnya tidak terjamin.

Syaitan dan tentera iblis yang terdiri daripada jin tidak mendatangkan sebarang faedah, sebaliknya mendatangkan pelbagai jenis bahaya dan penyakit. Itulah yang sering terjadi dalam perhubungan manusia dengan jin penderhaka yang dipelopori oleh iblis.

Perkara ini telah wujud sejak manusia pertama dicipta. Jin telah ada sebelum manusia dicipta. Oleh itu apabila Allah swt memerintahkan malaikat supaya sujud kepada Adam a.s. iblis enggan berbuat demikian. Dia alim, wara' dan banyak ilmu, tetapi engkarnya secara berhadapan dengan Allah swt. Itupun punca maka dia dilaknat hingga ke hari kiamat.
Elias Hj Idris

Jika ada ihsan teman di sana kita mungkin akan dapat menikmati keindahan dan kemeriahan suasana di negara selatan semenanjung Arab; bekas jajahan Bani Uthmaniah Turki ini. Ia merupakan pintu masuk ke Laut Merah - punca kepada pertelagahan yang panjang kesan rampasan kuasa tajaan Mesir sedikit masa lalu.

Inilah satu-satunya negara Arab yang telah menjadi republik.
Keadaan telah jauh berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Lihat sahaja perbezaan gambar yang ini dan yang di bawah sana.
Gambar yang di bawah itu adalah poin di hujung sana gambar di bawah ini.



Siapakah Gerangan?
Elias Hj Idris
Riwayat Anas bin Malik r.a; "Sesungguhnya Allah swt telah mewakilkan malaikat tentang rahim, ia berkata: Wahai Tuhanku, mani. Wahai Tuhanku, segumpal darah. Wahai Tuhanku, segumpal daging."

Para ulama berkata, malaikat mempunyai ketetapan yang sempurna dan menjaga keadaan mani.

Sesungguhnya, malaikat itu berkata;
"Wahai Tuhanku, ini mani, ini segumpal darah dan ini segumpal daging dalam waktu-waktunya. Setiap waktu malaikat itu melaporkan apa yang terjadi dengan izin Allah swt, sedangkan Allah itu Maha Mengetahui.

Ketika Allah menciptanya sebagai mani, kemudian berpindah menjadi segumpal darah. Itulah permulaan tahunya malaikat bahawa mani itu akan menjadi anak setelah 40 hari. Jika sebelumnya, ia belum pasti akan menjadi anak.

Kemudian malaikat mempunyai tugas yang lain pula, iaitu membentuknya, membuat pendengaran, penglihatan, kulit, tulang, lelaki atau perempuan. Itulah pada 40 hari yang ketiga (120 hari), ketika berbentuk segumpal daging, "Wahai Tuhanku, apakah ia lelaki atau perempuan?"

"Dan sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia daripada satu saripati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu kami bungkus dengan daging." - al-Mu'minum: 12-14.

Pada waktu yang lain, waktu ditiupkan ruhnya setelah 40 hari yang ketiga - ketika janin itu berumur 4 bulan.

Riwayat Bukhari;
"Penciptaan salah seorang di antara kamu semua itu dikumpulkan dalam 40 hari, kemudian menjadi segumpal darah, kemudian menjadi segumpal daging, kemudian malaikat diutuskan dengan didengungkan 4 kata-kata; dituliskan rezekinya, ajalnya, celaka atau bahagia, kemudian lalu ditiupkan (ruh) padanya."

Nabi saw bersabda;
"Demi Allah, yang tidak ada Tuhan selain-Nya sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amal ahli syurga sehingga antara dia dan syurga hanya satu hasta, lalu didahului oleh catatan, maka dia beramal dengan amal penghuni neraka hingga dia masuk neraka. Sesesungguhnya seorang di antara kamu beramal dengan amal penghuni neraka."

Daripada maksud hadis ini, bahawa jarang berlaku pada manusia disebabkan kasih Allah swt dan keluasan rahmat-Nya untuk merobah manusia daripada buruk kepada baik itu teramat banyak. Sebaliknya, membalikkan manusia daripada baik kepada buruk itu teramat jarang sekali dan amat sedikit.

Ia sesuai dengan firman Allah swt; "Sesungguhnya, rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku, dan rahmat-Ku mengalahkan kemurkaan-Ku."

Termasuk dalam hadis ini, orang yang berbalik dari amal neraka dengan kafir dan maksiat adalah berbeza sama ada kekal atau tidaknya. Orang yang kafir itu tetap kekal dalam neraka, sedangkan orang derhaka yang melakukan maksiat dan meninggal dunia dalam keadaan mentauhidkan Allah swt adalah tidak kekal di dalam neraka.

Hadis ini menjelaskan tetapnya takdir, dan taubat itu menghapuskan seluruh dosa sebelumnya.
Elias Hj Idris
Mula-mulanya saya kena 'posting' ke Sekolah Menengah Seri Gunung, Kelantan. Maka bermula kisah zaman memuda 1973. Berpinau anak mata mengenangkan punya la jauh tempat yang nak kena pergi merantau tu. Tempatnya jauh terasing; mana ada jalan lain kalau nak ke sana kecuali melalui bandar Kuantan di Pahang.

Ayah angkat di Ipoh pun ikut bersimpati. Dia ikhtiarkan kalau kena juga bertugas di sana, hendaknya tidak la begitu lama. Saya dibawa bertemu dengan sedaranya juga di pekan Ipoh; guru pelawat - besten (betui ke ejaannya?), kata orang. Orang tua itu tulis surat minta saya menemui adiknya - pompuan; Pengarah Kurukulum Sekolah2 Malaysia di Jalan Duta.

Saya tak pergi pun - malas ada, segan pun sama. Sebab asyik dok memikirkan 'posting' beribu orang, sape di kementerian yang rajin nak layan kes kita sorang. Kalau anak menteri atau wakil rakyat, boleh la. Dua tahun saya simpan surat itu, tanpa dibuka untuk melihat isinya.

Sadangkan saya terlupa bapa angkat itu adalah ketua UMNO Bahagian Gopeng; tauke lombong bijih nombor dua terbesar di Ipoh! Tauke nombor satu ialah bapa sedaranya - Tuk Haji Ghapor yang tinggal dekat dengan lapangan terbang. Selain itu dia beritau agar saya pergi cari kawan baiknya di Kota Baru; Ketua Wanita UMNO Kota Baru - Datin Che' Chik (sekarang dah arwah). Suaminya Tok Sedewa Raja, orang besar istana yang tinggal di Jalan Pintu Pong.

Sampai masanya maka naiklah saya bas ekspres menuju ke Kota Baru; tambang baru RM17.50. Sesampai di bandar Kota Baru hari masih gelap. Jam baru menunjukkan pukul 4.00pagi. Jadi takkan saya nak terus pergi ke rumah orang besar istana tu. Tentu nak kena cari juga rumahnya, tetapi Jalan Pintu Pong itu di mana? Jadi, saya mengambil keputusan untuk menunggu siang dan terus pergi ke sekolah. Macam manalah rupa sekolahnya pun satu hal juga?

Keadaan sunyi sepi. Cuma pakcik pengayuh beca saja yang berkeliaran membawa penumpang. Ramainya, makcik-makcik yang berniaga di pasar besar dekat situ. Berkeliaran saya di sekitar tempat itu meninjau keadaan. Macam rusa masuk kampung pun ada; tercangak sana, tercangak sini. Bila kedai kopi Cina dibuka saya duduk di penjuru sambil memesan kopi dan roti bakar berinti kaya. Masa itu roti canai belum ada lagi di bandar Kota Baru!

Sambil itu saya bertanya juga dengan pakcik-pakcik yang ditemui sambil menunjukkan kertas arahan melapor diri. Saya bertanya macam mana cara untuk sampai ke tempat yang bernama Seri Gunung. Err... sebelum itu suka saya nak jelaskan kenapa saya gunakan perkara "Seri", sedangkan nama sebenar tempat itu adalah Sri Gunung saja. "Seri" bermaksud ceria atau lawa, sedangkan 'sri' yang orang suka gunakan itu adalah dari budaya Hindu - berkait dengan nama Tuhan Hindu, agaknya!

Tersengih-sengih pakcik itu gembira, bangga kerana masih ada orang luar yang sudi menabur bakti di negeri mereka. Sedangkan depa lupa itu semua kerja paksa semata-mata! Pakcik tu tunjukkan.

"Kalu demo nak mughoh gi naik bas tu.... ada tulis Bachok," jelas pakcik bersemutar kain bewarna kuning itu beria-ia. Tapi entah la... dua jam jugak lar nok sapai."

"Baik naik kete sewa," kata yang lain. "Bangat sekit... tapi tambeng keno lo 70 sen, naik smilen ogheng."

Aiik... naik kereta sewa sampai sembilan orang. Aduii....

"Tapi hok balik pagi ni tok ghamai yang nok gi denu," seorang pakcik yang lain menyeringai menampakkan kelaghah giginya bekas mengunyah sirih.

Takpe le dengan sebuah beg bewarna hitam berisi pakaian itu saya naik teksi. Memang tidak ramai orang yang hendak ke Seri Gunung. Jadi selesa la juga dapat duduk di hadapan, bersebelah dengan pemandunya. Ya la... sebab orang pertama yang 'booking' naik teksi, oops bukan... kereta sewa!

Dalam pada itu dup... dap, duk... dak juga dalam hati sana tu. Berdebar dengan tidak bersebab. Ya la... nak pergi ke tempat asing. Sebab di hujung-hujung telinga kedengaran juga ada yang lepas cakap mengatakan tempat itu 'daghat'! Takpe juga sebab belum faham lagi apa erti 'daghat' tu?

Lama juga masa yang diambil. Dari satu tempat ke satu tempat, kereta sewa itu asyik berhenti dan menaikkan penumpang; satu... satu... lastnya di tempat duduk depan pun kena tambah sorang lagi. Aiik... kena duduk dua orang. Untung juga la sebab keretanya Mercedes... luas la sikit. Memang betul, sementara nak sampai ke simpang Telipot tu sudah ada sebelas orang, termasuk dua kanak-kanak! Naik menderam bunyi enjin disel itu memerah tenaga setiap kali menekan minyak selepas berhenti atau menempuh selekoh tajam.

Sampai di sekolahnya... aduh, kena pula masa perhimpunan. Murid sudah pun ramai-ramai berkumpul di depan sekolah dekat tiang bendera untuk perhimpunan memulakan sesi persekolahan setelah lama bercuti. Saya mengheret beg besar berisi pakaian itu letak di tepi tangga naik ke tingkat atas bangunan sekolah dua tingkat. Kelas sampai tingkatan lima saja. Itupun satu kelas, dua tingkatan empat, tiga tingkatan tiga, empat tingkatan dua dan tingkatan satu. Besar la juga sekolahnya - ada dua blok, ada padang dan bangunan kantin.

Sebaik selesai perhimpunan dan mendengar amanat Guru Besar (masa itu belum dipanggil Pengetua lagi), saya dibawa Guru Besar masuk ke bilik guru sambil diperkenalkan kepada guru-guru yang ada. Peghak juga saya sebab di dalam bilik itu riuh cikgu-cikgu berbual dengan bahasa daerah yang saya cukup tidak faham! Ya la... kita orang Perak, mana biasa bergaul dengan orang Kelantan. Masa di kolej pun bebudak Kelantan lebih suka berkawan sesama mereka saja.

Ada juga mek-mek lawa yang saya berkenan, tetapi disebabkan 'slank' yang agak ganjil itu ikut mematikan hasrat untuk mendekati. Maka saya hanya sempat berkawan dengan seorang bekas 'freshie' yang teruk kena buli. Dia budak Segamat. Itupun setakat dua bulan saja, apabila dia sambung masuk ke Universiti Malaya.

Corak perbualan walaupun dari kalangan cikgu, tetapi jelas agak kekampungan sikit. Cuma perhatian tu tertarik pada seorang cikgu - agak ada stail sikit. Rupa-rupanya dia Guru Penolong Kanan; orang yang keluar dari Universiti Malaya. Dan agenda seterusnya ialah beramah-tamah dengan Guru Besar di dalam biliknya, sambil sesekali dia memanggil kerani untuk tujuan pendaftaran dan sain itu-ini. Saya diberikan sebuah buku besar yang dipanggil buku rekod mengajar! Keras kulitnya.

"Ooo... beghat cikgu ni weh," rungut cikgu-cikgu yang lain. "Demo nok tinggal di mano?"

"Tak tau la lagi... tengok la dulu," saya menjawab dengan hati yang kosong.

Kemudian seorang guru pendidikan bahasa memanggil seorang guru muda lain. Dia pun belum saya temui ketika Guru Besar perkenalkan dengan cikgu-cikgu sebelumnya. Dia pun cuma memakai 'track-suit' dengan sport shoes macam orang yang hendak ke padang. Mungkin guru pendidikan jasmani, agaknya.

"Demo tolong saing kito ni," kata cikgu yang saya faham bernama Ismail yang berambut keriting. Akhirnya, saya diperkenalkan dengan guru itu - tinggi orangnya.

"Sayo... Muhammed," dia tersasul nak sebut 'kawe' ketika memperkenalkan dirinya. Mungkin sebab dia tahu saya ni orang luar. Dan saya pun memperkenalkan diri juga.

"Maih la... kito antar bagheng tu dulu," katanya sambil mencari-cari. "Err... mano begnyo?"

"Kat luar...," jawab saya masih dalam keadaan tidak menentu.

"Jom ambo bawak demo klik umah. Buat sementara ni dok kat umah ambo la...,' katanya sambil mendapatkan beg pakaian saya di luar.

Kami pun berjalan beriringan keluar dari kawasan sekolah. Kami menghala ke pekan Gunung. Berpeluh juga la saya menjinjing beg yang berat itu. Kami sampai di sebuah rumah... rumah kedai di tepi jalan, tetapi sudah dijadikan tempat kediaman. Dia menunjukkan bilik air, meja makan yang nampaknya tidak berkemas sejak beberapa hari. Ada di satu sudut kedapatan sebuah pangkin berlantai papan.

Lega, sebab tempat tinggal sudah tidak menjadi masalah. Dan kami kembali berjalan kaki ke sekolah semula.

Saya pun belum diberi tugas, sekadar cikgu-cikgu yang ada bertanyakan khabar - apa lagi kalau bukan dalam loghat Kelantan. Dan memang ada masalah besar untuk saya memahaminya. Baik-baik pula cikgu  pompuannya berbahasa. Cikgu Hamidah, yang saya ingat namanya agak sombong. Pasal apa tau? Sebab di antara yang ramai-ramai tu dialah yang paling lawa, tetapi dah pun berpunya.

Sambil itu saya berlegar memerhatikan keadaan sekeliling sekolah; sambil mencerap satu suasana baru dengan harapan mendapat pengalaman yang juga baru.


Cikgu muda banyak ilmu... 1973 SMK Seri Gunung.
Seluar:  Bell-bottom 24"
Kasut: Tapak depan 1", belakang 2"

Beginilah nasib anak di rantauan; menyebar ilmu demi anak watan. Sambil dalam kepala otak itu bersimpang-perenang tak senang, takkan lama aku di sini! Dok asyik melayani hati nan rawan.

Sesekali saya teringat pada ibu yang ditinggalkan. Harapan ibu nampaknya begitu tinggi apabila anaknya menjadi cikgu. Sayu pun ada. Rindu, sudah tentu!
Elias Hj Idris
Sesungguhnya Allah swt berfirman dalam hadis Qudsi; "Hai anak Adam (iaitu manusia), Aku sakit, tetapi kamu tidak suka meninjau-Ku." Manusia itu berkata, "Ya Tuhanku, bagaimanakah aku dapat meninjau Engkau sedangkan Engkau adalah Maha Menguasai seluruh alam ini."

Allah berfirman, "Adakah kamu tidak mengetahui bahawa hamba-Ku si fulan itu sakit, tetapi kamu tidak pergi meninjaunya. Apakah kamu tidak mengetahui, andaikata kamu pergi meninjaunya tentu kamu akan menemui Aku di sisi orang sakit itu.

"Hai anak Adam, Aku meminta makan daripadamu, tetapi kamu tidak suka memberikan makanan kepada-Ku." Manusia itu berkata, "Ya Tuhanku, bagaimanakah aku dapat memberikan makanan kepada-Mu sedangkan Engkau adalah Maha Menguasai seluruh alam ini."

Allah berfirman, "Adakah kamu tidak mengetahui bahawa hamba-Ku si fulan itu meminta makanan kepadamu, tetapi kamu tidak suka memberikan makanan kepadanya, tentu kamu akan menemukan yang sedemikian itu di sisi-Ku.

"Hai anak Adam, Aku meminta minuman daripadamu, tetapi kamu tidak suka memberikan minuman kepada-Ku". Manusia itu berkata, "Ya Tuhanku, bagaimanakah aku dapat memberikan minuman kepada-Mu sedangkan Engkau adalah Maha Menguasai seluruh alam ini."

Allah berfirman, "Ada seorang hamba-Ku si fulan itu meminta minuman daripadamu, tetapi kamu tidak suka memberikan minuman kepadanya. Adakah kamu tidak ingat, andai kata kamu memberikan minuman kepadanya, tentu kamu akan menemukan yang sedemikian itu di sisi-Ku."


Ini adalah satu pernyataan simbolik daripada Allah swt perihal gelagat kita, hambanya yang sering lupa akan hamba lain yang memerlukan. Menziarahi orang sakit adalah satu tuntutan di mana ia mampu membangkitkan rasa keinsafan. Keinsafan itu membawa kita ingat akan ihsan dan Kebesaran Allah swt tentang kematian yang sedang menanti.

Demikian dalam hal memberi makan mereka yang memerlukan, di mana ia membawa kepada rasa syukur terhadap kelebihan daripada pemberian Allah swt. Sedangkan Dia begitu tertunggu-tunggu akan kemurahan hati dan keprihatinan kita terhadap sekelian hamba-Nya yang lain.

Selain daripada ditujukan kepada sekelian mukmin, hadis Qudsi ini lebih menepati kepada sikap orang kaya dan berada; yang langsung tidak menghiraukan nasib orang lain di sekeliling mereka. Sebenarnya mereka lupa bahawa segala harta yang mereka miliki itu adalah ujian daripada-Nya semata-mata.

Lantaran nyawa dan jasad ini pun cuma pinjaman daripada-Nya juga. Apabila tiba masa, Dia akan mengambilnya kembali untuk dibuat perhitungan - iaitu perhitungan terakhir akan setiap sumbangan dan bakti di sepanjang tempoh hidup kita yang terhad di atas muka bumi ini.
Elias Hj Idris
Agak terkedu apabila menelusuri TKO, terbit berita yang mengatakan Ka'abah di Mekah baru dilanda banjir. Ia tidak akan menghairankan jika banjir itu berlaku di tempat lain. Dengan jumlah taburan hujan yang teramat sedikit sepanjang tahun, boleh dikira sebagai mustahil untuk hujan turun sehingga menyebabkan banjir di sana.
Langit Sedang Gelap Bakal Mencurahkan Hujannya

Itulah kuasa Allah swt yang menentukan qudrat dan iradat-Nya.

Sama seperti apa yang berlaku ketika kali pertama saya pergi menunaikan haji pada tahun 1982 dulu. Hajinya ifrad, jadi saya tiba di Mekah terlebih dahulu menunaikan segala rukun haji sebelum bertolak ke Madinah selepasnya untuk ziarah. Kami masih menggunakan khidmat 'sheikh' iaitu dengan Sheikh Hamid Thoha; berasal dari Kedah yang telah lama berada di sana.

Waktu itu, keadaan masih jauh daripada sempurna. Saya pergi bersama isteri, atuk tirinya serta ibu saudaranya. Kami tinggal di sebuah rumah - percaya atau tidak, yang diperbuat daripada batang kurma sebagai tiang, gelegar untuk lantai dan silingnya dengan pelepah kurma sementara 'simen'nya adalah tanah yang bisa relai apabila mengembang dek panas terik.

Kami tinggal di tingkat yang paling atas - tingkat 5. Kami tinggal di bahagian tepi sekali sayup seakan tinggal di sebuah flet tidak berlif jika di negara kita. Namun bahan binaannya tetap tanah, bukan simen. Peliknya, boleh pula tahan menanggung beban yang bukan sedikit. Itulah rumah yang terletak di pinggir bukit menuju ke Jabal-Qubis.

Cuma itulah, apabila waktu tengahari kurang selesa untuk tidur. Apabila hari semakin panas, bahagian-bahagian pasir di siling mula mengembang dan relai. Ia mula jatuh ke bawah menyirami pasir ke muka jika kita tidur menelentang. Untuk tidur juga muka harus ditutup dengan tuala. Sementara di lantai, walaupun dilapik dengan tikar ia tetap berpasir -pasir yang relai dan luruh dari atas itu.

Namun alhamdulillah. Itulah namanya pengorbanan demi menjadi tetamu Allah di tanah suci. Ia amat jauh berbeza dengan mereka pada hari ini yang pergi dengan segala keselesaan; tinggal di hotel mewah dan mendapat layanan paling istimewa. Yeah... semuanya kerana wang juga. Sedangkan, kami pada masa itu cuma dikenakan bayaran RM4,500. Itupun, pihak Tabung Haji memberi wang saku balik siap tukar dengan riyal Saudi sebanyak 750 riyal (Kadar pertukaran 97 riyal bagi RM100).

Jadi, entah beberapa hari sebelum kami bertolak ke Arafah, tiba-tiba kota Mekah dilanda hujan lebat selepas waktu asar berlalu. Sekejap sahaja hujan turun di sekitar kota Mekah. Sekejapan itu pula air dari bukit sekeliling menjujus turun menuju ke Mesjidil-haram dan memenuhi ruang tawaf di sekeliling Ka'abah. Air sedalam 6 inci tingginya.

Saya terpinga-pinga tidak mengerti apa yang patut dibuat? Tubuh masih dibaluti pakaian ihram. Larangan ihram perlu dijaga. Namun saya tetap berada di tengah hujan lebat itu, biar basah. Suka pun ada. Sebaliknya, ramai orang Arab yang mengambil kesempatan itu bermain air. Mereka meluncur macam orang 'stunt' menggelongsor di atas marmar licin itu; kemudian tertawa berderai - bukan setakat kanak-kanak, tetapi orang dewasa banyaknya dari kalangan Arab Yamen.


Air Turun dari Pancur Emas

Dan ramai pula yang mengambil kesempatan itu dengan lebih tawadduk berdoa dan merapati bangunan Ka'abah yang sedang digenangi air itu. Air mencurah-curah turun dari pancur emas di bahagian atas bumbung bangunan Ka'abah itu. Kata orang, berkatnya besar jika dapat mandi air dari pancuran itu. Sambil memerhatikan orang bermain air, saya memerhatikan pancur emas yang terus mengalirkan air ke bawah. Ramai juga yang menadah kepala untuk mandi.

Saya menunggu buat seketika memandangkan terlalu banyak taik burung yang turun dari pancur tersebut. Saya sudah mencubanya sekali, sudah bertempek taik burung di atas kepala dan bahu. Setelah agak lama, hujan masih menderu baru saya pergi semula mandi di bawah pancur itu. Sudah agak kurang taik burung yang turun dari atas sana. Alhamdulillah, jika nak ditunggu pun nanti hujan reda.

Kira-kira sejam juga air bergenang apabila hujan tidak henti menyirami.

Sebaik sahaja hujan teduh air yang tergenang cepat pula surutnya. Sekelian pekerja ramai-ramai segera menolak air yang masih tinggal dengan papan penyejat yang lebar. Sekejapan saja - kira-kira 30 minit semua air telah dibersihkan dari atas lantai marmar di sekeliling bangunan Ka'abah. Dan sekelian para hujjaj meneruskan ibadah mereka bertawaf dan solat sunat seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelumnya.

Apabila keadaan telah kembali seperti sediakala, saya mula beransur pulang ke rumah bertiangkan batang kurma itu untuk mandi. Badan dan kain ihram dipenuhi taik burung. Ia perlu segera sebab tidak berapa lama sahaja lagi azan maghrib akan dikumandangkan.

Air Bergenang di Lapangan Tawaf

Namun, keadaannya agak berlainan dengan banjir yang baru berlaku ini. Cuba lihat airnya bersih sekali, tidak seperti dulu dengan air yang berkeladak turun dari bukit dengan tanah hitam yang kering kontang. Ia jauh berbeza. Namun apa pun kita tetap redha di atas apa jua ketentuan-Nya.

Kita hanya datang sebagai tetamu-Nya. Labbaikallahumma-labbaik....
Elias Hj Idris
Allah swt telah mengilhamkan kepada Raja Siam Iskandar Zulqarnain untuk membina penghalang yang mana pada hari ini, kita semua kenali sebagai Tembok Besar di negeri China. Tempat bersemayamnya Raja Siam Islam Iskandar Zulkarnain yang digelar dalam bahasa Siam Kedah sebagai Siamen. Siamen ini bermaksud “kawasan dia”.

Dari kitab Al-Quran surah Al-Khafi ayat 96, ada menceritakan secara tersirat bagaimana Allah swt mewujudkan satu makhluk untuk membantu Raja Siam Iskandar Zulqarnain China membina tembok besar tersebut. Makhluk inilah yang menghembuskan api kepada bangsa Ya'juj yang mengganas ketika itu. Apakah makhluk ketika itu yang boleh menghembuskan api kalau bukan Naga (Na Ghka) yang dijadikan oleh Allah.

Sekiranya makhluk itu tidak ada, pasti orang tidak akan sebut sedangkan kita tahu burung 'Ababil' yang membawa batu dari neraka itupun sedia dijadikan oleh Allah, buat memusnahkan tentera bergajah yang cuba meruntuhkan Ka'abah. Dalam bahasa siam Na-ghka bermaksud, 'Datuk-Bunuh'. Oleh yang demikian maka orang-orang China menjadikan naga itu sebagai lambang kekuatan Maharaja China.

Apabila Raja Siam Iskandar Zulqarnian siap membina sebahagian Tembok Besar China, bangsa yang menolak agama Allah, iaitu Ya'juj telah berpindah dan melarikan diri ke Tibet di utara India. Tibet adalah tempat bangsa Ya'juj ini tinggal. Dalam bahasa Siam bermakna, “tempat (ber)himpit sempadan (dengan bangsa Siam)”.

“It used to be thought that, before the 13th century, Tais had dominated a kingdom called Nanchao in Yunnan, but had been dispersed southwards by a Mongol attack in 1253. Scholars no longer hold this theory. Instead the evidence suggests long, slow Tai migration over many centuries, beginning in western China, or even further north, and spreading southwards from the 7th century (malah lebih awal lagi)”. History of South Asia, Asean Focus group.

Bangsa Ma'juj terus menetap dan menjadi bangsa Siamen di negeri China. Peperangan dan serangan sering berlaku dan telah membawa kepada beberapa siri perjanjian (sila Yahoo search; history of Tibet China conflict). Dari bukti buku sejarah “Peradaban Dunia” oleh Yew Chee Wai, muka surat 22 & 23, Empayar Chin telah diasaskan oleh Maharaja Siamen China - Shih Huang Ti (Qin Shih Huangdi, 221 SM) dan meneruskan konsep pemerintahan Raja Siam Iskandar Zulkarnian di negeri China. Maharaja Shih Huang Ti mengikut sejarah ini dikatakan sebagai bukan Islam.

Akan tetapi sewaktu memerintah, baginda telah menghapuskan buku-buku ajaran Confucius dan menyambung semula kerja-kerja pembinaan Tembok Besar negeri China yang dimulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnian. Kenapakah pula buku Confucius itu yang dimusnahkan? Ia berpunca apabila puak Ya'juj telah berpindah ke Tibet dan saki-baki pengikut Confucius itu masih ada lagi di Negeri China pada ketika itu.


“Other schools of thought and philosophy were outlawed, especially Confucianism. Many of its teachers were executed and their books burned. By 221 B.C. Ch’in Shih-huang-ti had conquered his rival states and unified China. In an effort to reinforce the idea of a unified China, Ch’in Shih-huang-ti instituted a program to standardize the Chinese language, as well as measurements for width and length, and a series of roads and canals were built to converge on the capital city of Xianya”.
“To protect his state from a Hunnish tribe of people to the north known as the Hsiung Nu, Ch’in Shih-huang-ti embarked on an amazing effort to connect the walls and fortresses, created during the Warring States Period, to protect his kingdom. The result was the Great Wall of China. It spanned, not including its many branches, 4,160 miles (6,700 km), and is one of the largest manmade features on Earth.”http://www.bookrags.com/research/chin-shih-huang-ti-scit-011234/

Kenapa baginda bertindak sedemikian rupa kalau bukan kerana baginda sudah mempunyai pendirian agama malah cuba mencari kehidupan abadi, namun telah gagal untuk menemuinya. Adakah pengetahuan mengenai kehidupan abadi itu diketahuinya melalui peringkat awal agama tauhid, Islam itu dahulu? Pendapat kami mengatakan bahawa Empayar Chin (di eja, Qin) ini bermula dari perkataan ‘Jin’, iaitu sejenis makhluk yang mungkin turut membantu dalam pembinaan Tembok Besar negeri China, membina makam askar terracota dan makam baginda yang besar membukit, membentuk seperti piramid.


Makhluk Jin (bahasa Inggeris, genie) ini sememangnya kita ketahui boleh terbang, bertenaga dan ada yang beragama Islam dan ini mungkin menyebabkab seni mempertahankan diri orang-orang China mempunyai aksi-aksi sedemikian rupa. Kita pun pernah mendengar kisah-kisah ulama-ulama karomah dan orang-orang Islam maunah zaman dahulu yang boleh pergi mengerjakan haji dalam sekelip mata sahaja; ada pedang terbang di zaman kekacauan tahun 1969; angkatan perang fisabillilah yang ghaib di bawah dua kalimah syahadah yang terdiri daripada tentera alam atas dan bawah dll.

Ini kami tiada bukti, sebab tidak boleh difikirkan oleh akal logik yang bersifat ‘la hawlawalla’ ini. Ia sekadar mahu menceritakan kepada pembaca di sini untuk direnungkan sahaja. Akan tetapi kita harus ingat, sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada benda-benda yang ghaib ini (lihat Rukun Iman) kerana Allah pun bersifat Ghaibulguyub. Jika kita tidak percaya, mungkin kepercayaan kita dari segi aqidah kepada Allah akan terjejas juga. Walau bagaimana pun anda boleh membacanya di sini: http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg37824.html

 
(Dari catatan TNL Kasim Ibnu TNL Ahmad  -  waris Empayar Benua Islam Siam Kedah)
Elias Hj Idris

Saya dengar pasal Arqam ni sejak 1975 di Bukit Mendi, Triang. Di KL, kawan-kawan rapat secara agresif masuk Arqam (banyaknya sebab lari drp hutang bank) dan bersembunyi di Sg Penchala sejak 1979 lagi. Seorang daripada kawan saya ialah pengasas majalah Gila-Gila (dia tinggalkan majalah itu konon lagho, tapi buat majalah lain bila di Sungai Penchala).

Saya pernah berbahas pasal agama dengannya - 3 jam di GG. Kesimpulannya depa takde ilmu. Sebab mudah saja; Apa tujuan hidup dan kenapa kamu mesti hidup? Itu saja soalannya. Dia takleh jawab. Nganga.... Sepanjang yang dia ceritakan cuma pasal karomah yang ada dalam Arqam. Camne datangnya karomah itu dia pun tak tau! Sekadar pendewaan saja tanpa sandaran.

Kemudian datang orang yang lebih bijak, bekas Art Director Utusan. Pun begitu... dia asyik dok bercerita pasal nak tambah kuota isteri yang ke-4; mesti cari orang dari luar negara. Kononnya, dia nakkan orang Korea atau Jepun. Sebab masa tu depa sedang galak berdakwah ke sana.

"Ko ni... masa kat Utusan mewah dengan pompuan. Bila masuk Arqam pun kau mewah juga," saya mengusik. "Aku aje lar yang kempunan...."

Dia ada 'reserve' satu pompuan - student UM. Lawa. Dia ajak saya masuk Arqam kalau nakkan budak tu. Dia sendiri tak boleh, katanya sebab kuota ke-4 mesti orang luar negara.

"Ko bagi aku kahwin dulu, pastu baru aku masuk Arqam," saya memberikan cadangan.

"Huhh... tak boleh nanti ko bawa lari budak tu," jawabnya sambil menggeleng.

Saya tau pompuan itu adalah alat pancingan depa memandangkan pengaruh saya dalam dunia penerbitan masa itu. Depa tau pengaruh saya di NST apabila kumpulan tersebut menawarkan tempat di sana untuk menubuhkan satu unit buku. Kemudian group Daim yang menguasainya adalah Bendahari UMNO dan Menteri kewangan. Lantaran depa sedang ghairah dalam misi ekonomi Islamnya.

Kemudian ada 2-3 orang budak GG pun masuk Arqam. Itu dapat difahami sebab depa zero agama! Ghairah dalam pencarian. Ada perubahan juga apabila mereka sudah tidak tinggalkan solat. Bermain gila dengan peminat GG pun tidak lagi. Anehnya, saya yang sejak muda sudah dua kali pergi haji pula yang kena 'lecture' pasal agama. Sedangkan top-gun Arqam haram tak pergi pun Mekah! Hek... elleh!

Dalam hal 'lecture' berkenaan agama ini saya pernah berpengalaman dua kali. Sekali dengan arwah Khalid Jefri, yang dikenali kerana terlibat dalam konspirasi memburukkan Anwar; dan seorang lagi Zahari Affendi, penulis cerita 'blue' Kuala Lumpur. Bayangkan bagaimana Khalid boleh 'menasihatkan' saya dalam hal agama selama 3 jam di pejabatnya. Segala mak-nenek doa dia hafal dan dibacakannya di hadapan saya. Memang saya kagum; daripada seorang yang tidak tahu jawi boleh hafal segala jenis doa, katanya! Ibunya pun kagum.

Zahari Afendi pula nasihatkan saya agar janganlah bermain gila dengan pompuan; pun sama dekat 3 jam dia menasihatkan saya. "Kau tau... kalau nak kira pompuan lawa ni takkan habis... yang kat dalam perut tu lagi banyak yang lawa-lawa!'

Saya ketawa geli hati dalam 'perut'; seolah-olah saya yang depa nasihatkan itu 'macam hantu' punya jahat selagi berkait dengan pompuan! Sedangkan, saya tidak pernah pun ber'girlfriend' sejak zaman bujang lagi. Nak menikah pun kira okey sahaja terus berkira - bertunang dan menikah kemudiannya.

Itulah ya, Allah swt itu Maha Besar dan luas adunnya. Kira-kira tiga bulan selepas itu arwah Khalid sebagai penerbit majalah PENGANTIN (yang sering mengambil pompuan lawa sebagai model untuk majalah) tidak mampu bertahan. Tidak lama kemudian perniagaannya itu ranap. Sama dengan si Zahari Affendi apabila dua-tiga bulan kemudian sudah bawa seorang pompuan lawa untuk jadi 'cover girl' kat majalah berkaitan wanita yang saya kendalikan. Puas dia mengecek, tetapi ya la... memang pompuan itu tidak sesuai; tidak photogenic!

(Eja, alhamdulillah naik dari sana terus menjadi artis popular).

Dalam masa yang sama, saya mendapat tahu anak seorang pensyarah saya yang belajar di UM juga turut 'hilang' dibuat dek Arqam. Dia seorang anak manja, 'anak ayah' dicolek. Menangis orang tua tu di pintu pagar Sg Penchala sebab nak jumpa anak kesayangan yang telah menghilangkan diri - 2 tahun gara-gara masuk Arqam. Dalam kes ini saya turut menitiskan air mata.

Sampai ke akhir pensyarah saya itu tidak dapat berjumpa dengan anaknya. Tak taulah apa kisahnya selepas itu apabila Arqam kemudiannya diharamkan. Arqam diharamkan pun sebab mencabar kerajaan untuk mentabdir Pusat Islam 14 hari. Kemudian depa meminta kebenaran kerajaan buat mentadbir negara untuk 3-4 bulan, siapa lebih bijak mentadbir dengan sistem kewangan dan keagamaan yang lebih hebat?

Maka pada masa itu Anwar yang jadi orang kuat UMNO pun melompat. Zainuddin Maidin yang terkenal sebagai manusia paling bencikan agama di negara ini turut memainkan peranan di Utusan dan dalam UMNO. Maka Arqam pun diharamkan. Kelakarnya, sekelian pemimpin tidak pula ditangkap... boleh hilang pula!

Hasilnya, Ashaari dan orang-orang kanannya tup-tup sudah melarikan diri ke Thailand. Ada yang tinggal di Haadyai dan tidak kurang juga yang tinggal di Phuket.

Oleh kerana kegiatan sudah teramat kurang... maka seks adalah aktiviti yang paling menarik buat kumpulan ini selagi tempat itu bernama Thailand. Tak padan dengan tua (umur 50an) boleh cari gadis semuda 17-18 tahun untuk dijadikan isteri 'jangka pendek'. Demi mendapatkan 'payung emas' maka isteri yang ada terpaksa merestui, jika tidak depa bakal diceraikan; yang masing-masing sudah pun ada 3-4 bini, jadi camne tak kena cerai jika ada calon baru yang lebih 'ganteng'!

Bini yang ada semua jadi hamba tebusan top-gun Arqam. Depa jadi pecacai menjaga segala kebajikan di samping melihat sahaja si suami melampiaskan nafsu yang tidak pernah cukup!

Maka pada setiap bulan, kawan baik saya; Pak Lang adalah seorang tukang urut handalan dari Kangar yang disewa untuk menguatkan tenaga batin orang tua-tua berkenaan. Duit dan tinggal di hotel mewah takde masalah. Seminggu dia berkampung di Haadyai dan Phuket untuk servis 'anu' tokoh-tokoh besar Arqam termasuk si Ashaari.

"Bukan kuat apa pun... saja jahat," komen kawan saya itu.

Daripada apa yang diceritakan dek kawan saya - jijik dan cukup hina jika diukur sebagai hamba Allah yang patut sedarkan diri. Seks adalah syurga dunia dan capaian nafsu yang tiada batasan buat orang-orang tua berkenaan!

Dan benci itu meluap sebaik Ashaari & The Gang dicolek dan keluar buat pengakuan di tv, kemudiannya. (Kat sini Anwar didapati bijak menangani kes!) Namun itu semua adalah pengakuan bohong yang direka-cipta. Ia berikutan dengan banyak episod wayang berkaitan dengannya.

Dan di Bangi saya melihat sendiri akan kemewahan anaknya. Dua rumah teres jenis mahal dikembarkan jadi satu - untuk dia sekeluarga dengan anak yang masih kecil. Kononnya, semua duit Arqam dia yang pegang! Tak lama selepas itu depa hidupkan Rufaqa dan membeli bangunan di Country Homes, Rawang.

Kesimpulan: Segala yang diwar-warkan Arqam itu adalah 'temberang' buat menutup agenda di balik tabir mereka! Tak payah la saya nak merongkai bab nasib malang artis Sahara Yaakob dan pompuan Perancis yang jadi gila tu....

Apabila dia meninggal dunia... maka kita yang ada ini berlepas tangan. Ikutlah nasib dia berkat sifat Rahim Allah Taala. Tapi, jangan lupa sulur pengaruhnya masih membiak. Kita cuma bimbang dengan sifat 'extreme' melalut yang ditinggalkan. Ia masih membarah.

Satu daripada cabang kesesatan dalam beragama ialah seandainya mereka terus berpegang dengan AURAD MUHAMMADIAH. Kandungan aurad itu mungkin benar, tetapi kefahaman yang dicapai jauh menyimpang. Mungkin.

Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi.
Elias Hj Idris
PETA JAJAHAN EMPAYAR ISLAM
BENUA SIAM NAGARA KEDAH PADA TAHUN 1730.


Peta bertarikh 1730 ini menunjukkan kawasan Benua Islam Siam Nagara Kedah sebelum ia ditawan oleh puak Alaungphaya Buddha dari Burma dalam tahun 1767. Peta ini banyak tersebar tetapi kita menyangkakan ia menunjukkan negara Thailand di zaman dahulu. Ini tidak benar kerana ORANG SIAM BUKANYA ORANG THAI. Orang Siam beragama Islam sementara orang Thai dari bangsa Sukho Thai, yang beragama Thevarada Buddha.

Peta ini meluas hingga ke Pulau Jawa. Sekiranya kita renungkan kembali, bila masa pula dalam sejarah orang-orang Thai boleh sampai ke situ, melainkan orang-orang Siam Islam dari rumpun Melayu.


Hadis Riwayat Imam Ahmad ada  menerangkan Ya'juj dan Ma'juj itu bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah penduduk Asia Tengah. Ada ulama mengatakan kaum Ya'juj dan Ma'juj berasal dari benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90, sampai ‘di tempat terbit matahari’ atau timur dunia. Pendapat lain menambah yang Ya'juj dan Ma'juj mungkin berasal daripada bangsa Tartar dan Mongol.

Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus ada sehingga ke hari ini, tetapi mereka dipisahkan daripada dunia oleh Allah swt menerusi sebuah tembok yang dibina oleh Iskandar Zulqarnain itu. Allah swt mungkin mengilhamkan kepada Raja Siam Iskandar Zulqarnain untuk membina penghalang yang mana pada hari ini, kita semua kenali sebagai Tembok Besar di negeri China. Tempat bersemayam Raja Siam Islam Iskandar Zulkarnain yang digelar dalam bahasa Siam Kedah sebagai Siamen. Siamen ini bermaksud “kawasan dia”.

Dari kitab Al-Quran surah Al-Khafi ayat 96 menceritakan secara tersirat bagaimana Allah mewujudkan satu makhluk untuk membantu Raja Siam Iskandar Zulqarnain China dalam pembinaan tembok besar dan ia menghembuskan api kepada bangsa Ya'juj yang mengganas pada ketika itu. Apakah jenis makhluk pada ketika itu yang boleh menghembuskan api kalau bukan Naga (Na-ghka) yang dijadikan oleh Allah swt. Sekiranya makhluk itu tidak ada, pasti orang tidak akan sebut, sedangkan kita tahu burung Ababil yang membawa batu dari neraka itupun sedia dijadikan oleh Allah, buat memusnahkan tentera bergajah di Mekah yang mahu meruntuhkan Ka'abah.

Dalam bahasa Siam 'Na-ghka' bermaksud 'Datuk-Bunuh'. Dengan itu orang-orang China menjadikan Naga sebagai lambang kekuatan Maharaja China. Apabila Raja Siam Iskandar Zulqarnian siap membina sebahagian Tembok Besar China, bangsa yang menolak agama Allah, iaitu Ya'juj itu telah berpindah dan melarikan diri ke Tibet di utara India. Tibet ialah tempat bangsa Ya'juj ini tinggal, dalam bahasa Siam bermakna, “tempat (ber)himpit sempadan (dengan bangsa Siam)”.

Bangsa Ma'juj terus menetap dan menjadi bangsa Siamen di negeri China. Peperangan dan serangan sering berlaku dan telah membawa kepada beberapa siri perjanjian (sila Yahoo search; history of Tibet china conflict). Dari bukti buku sejarah “Peradaban Dunia” oleh Yew Chee Wai, di muka surat 22 & 23, Empayar Chin telah di asaskan oleh Maharaja Siamen China Shih Huang Ti (Qin Shih Huangdi, 221 SM) dan meneruskan konsep pemerintahan Raja Siam Iskandar Zulkarnian di negeri China.

Maharaja Shih Huang Ti mengikut sejarah dikatakan sebagai bukan-Islam. Akan tetapi sewaktu memerintah, baginda telah menghapuskan buku-buku ajaran Confucius dan menyambung semula kerja-kerja pembinaan Tembok Besar Negeri China yang dimulakan oleh Raja Iskandar Zulkarnian. Kenapa pula buku Confucius yang dimusnahkan? Ia berpunca apabila puak Ya'juj berpindah ke Tibet, sedangkan saki-baki pengikut Confucius masih ada lagi di Negeri China pada ketika itu.

Kenapa baginda bertindak sedemikian rupa kalau bukan kerana baginda sudah pun mempunyai pendirian agama malah cuba mencari satu kehidupan abadi, namun gagal menemuinya. Adakah pengetahuan mengenai kehidupan abadi itu diketahuinya melalui peringkat awal agama tauhid, Islam itu dahulu? Kami mengatakan Empayar Chin (di eja, Qin) ini bermula dari perkataan ‘Jin’, satu makhluk yang mungkin turut membantu dalam pembinaan Tembok Besar negeri China, membina makam askar terracota dan makam baginda yang besar membukit, membentuk seperti piramid.

Makhluk Jin (bahasa Inggeris, genie) ini sememangnya kita ketahui boleh terbang, bertenaga dan ada yang beragama Islam. Ia mungkin menyebabkan seni mempertahankan diri orang-orang China mempunyai aksi-aksi sedemikian rupa. Kita pun pernah mendengar kisah-kisah para ulama karomah dan orang-orang Islam ma'unah zaman dahulu yang boleh pergi mengerjakan haji dalam sekelip mata; pedang terbang di zaman kekacauan tahun 1969; angkatan perang fisabillilah yang ghaib di bawah dua kalimah syahadah yang terdiri daripada tentera alam atas dan bawah dll. Ini kami tiada bukti, sebab ia tidak boleh difikirkan oleh akal logik yang bersifat ‘la hawlawalla’ ini. Ia sekadar mahu menceritakan kepada pembaca untuk menjadi renungan.

Namun harus diingat, sebagai orang Islam kita wajib percaya kepada benda-benda yang ghaib ini kerana Allah pun Ghaibulguyub. Kalau kita tidak percaya, mungkin aqidah kepercayaan kita kepada Allah akan terjejas. Walau bagaimana pun anda boleh membacanya di sini - http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg37824.html

Masa pun berlalu beberapa abad lamanya dan agama Allah swt itu menjadi pudar semula di negeri China (lebih 700 tahun). Sehinggalah tiba pada zaman junjungan kita, Nabi Muhammad saw, apabila Saad bin Abi Waqas diutuskan ke negeri China untuk mengislamkan Maha Raja Siamen China, Sai Ti Song (650 Masihi). Maharaja Siamen China, Sai Ti Song itu pula dengan mudah menerima agama Islam kerana mungkin beliau telah mengetahui kisah Raja Zulkarnian yang pernah diriwayatkan oleh orang-orang tua mereka semenjak zaman berzaman dahulu. Baginda memerintahkan putera baginda Maharaja Shiekh Huang Ti Rom Chin Ser Wong untuk membina Masjid Khen Jang di Negeri China.“Khen Jang” (Qinqiang, rujuk di daerah Shaanxi - Xianji, di China) adalah dari bahasa Siam yang bermakna “naik jangkah”.

Maha Raja China Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong pula kemudiannya memerintahkan putera sulungnya, Raja Merong Maha Wong Ser untuk pergi berdakwah Islamiah ke Semenanjung Tanah Melayu. Putera keduanya yang bernama Song (nama penuh tidak diketahui) telah pergi berdakwah Islamiah ke Vietnam (bagi yang berminat elok juga siasat siapa Jayavarman I dari Empayar Chen La?).

Pesanannya kepada Raja Merong Maha Wong Ser, sekiranya anakanda sampai kepada satu gunung, di mana terdapat tinggalan istana dan masjid di puncaknya, maka, “anakanda telah pun sampai ke lokasi yang diriwayatkan terdahulu oleh nenek moyang kita”.Merong Maha Wong Ser dalam bahasa Siam bermakna, 'Naga Laut Pembesar Puak Tentera' (bangsa Harimau).

Puak Tentera Merong Maha Wong Ser terbahagi kepada empat puak iaitu,

a) Ser-meang (Semang) bermaksud “Tentera Negara”.

b) Ser-kai (Sakai) bermaksud “Tentera Berniaga”.

c) Ja-khon (Jakun) bermaksud “Orang Perubatan”.

d) Bo-ro-mo bermaksud “Puak Berpengetahuan Alim Ulama”.

Kami tidak mahu mengaitkan dengan orang-orang asli yang rata-rata terdapat di Semenanjung, tetapi itulah hakikat sebenar di sebalik maksud perkataan tersebut. Raja Siamen China, Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong memberi surat 'Kedah' (watikah) kepada puteranya Merong Maha Wong Ser. Sebelum baginda berangkat, tentera-tenteranya telah pun berangkat terlebih dahulu bagi mencari dan memastikan kawasan yang di maksudkan. Tentera yang belayar itu kemudiannya sampai ke satu gunung dan mendarat di kawasan Yan, Kedah (Prince of Yan?). Mereka kemudiannya mendaki puncak gunung tersebut untuk menjalankan siasatan.

Kedah dalam bahasa Siam bermaksud, “Surat Kuasa Pemerintah” (watikah).

Ser-ma-nan-jong bermaksud, 'Tentera-yang datang-lama-tergantung'.

tha-naa bermaksud 'menunggu-datuk'.

maa-la-yoo bermaksud, 'marilah-duduk'.

Bangsa Siam telah menuruti jalan ke arah agama Allah semenjak dari zaman Nabi Nuh a.s, berketurunan Wali al-Mustapa dan pengikut-pengikutnya. Malah bukit tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh setelah air bah surut, iaitu sebuah gunung digelar Gunung Jodi mempunyai maksud dalam bahasa Siam, iaitu “tempat duduk yang selamat”.

Dari kitab Al-Quran surah Hud ayat 48, Allah menyuruh Nabi Nuh turun dari bahtera dengan selamat di Gunung Jodi.

Allah berfirman; "Wahai Nuh! Turunlah (dari bahtera itu) dengan selamat dan berkat dari Kami kepadamu dan kepada umat-umat yang bersama-samamu. Dan (dalam pada itu) ada umat-umat dari keturunan mereka yang Kami akan beri kesenangan kepadanya (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan dikenakan azab dari Kami yang tidak terperi sakitnya”.

Bangsa-bangsa lain yang turut tinggal di sekitar Gunung Jodi ialah;

Bangsa Iraq (E-raq) yang bermaksud “Kawan Baik”

Bangsa Turkey (Tutr-khey) bermaksud “Tegur Menegur" (dalam Ahli Bahtera Nabi Nuh).

“Parsi” bermaksud “Bawa Kitab Seruan Agama Islam.”

Bukti dari kitab Al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 86, Allah st memerintah Raja Iskandar Zulqarnian agar menyeru agama Islam dengan membinasakan mereka kaum kafir atau menjadikannya tawanan.

“Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): “Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka”. Al-Kahfi, ayat 86.

Jika kita renungkan ayat di atas, untuk melihat matair yang hitam di daerah matahari terbenam (iaitu barat), sudah pasti Iskandar Zulkarnian ketika itu berada di sebelah timur.

Bahasa Siam ini merupakan bahasa yang cukup lama dan telah digunakan sejak zaman berzaman. Ia boleh menafsirkan beberapa sebutan yang mana tidak ada makna langsung dalam bahasa Melayu hari ini. Ada pakar bahasa mengatakan ia adalah bahasa Pali yang kini sudah pupus penggunaannya. Bahasa Pali membawa kepada bahasa kawi, seterusnya kepada jawi dan akhir sekali rumi. Begitu uniknya bahasa Siam ini dan ia harus dibuat kajian oleh pakar bahasa di negara kita ini.

Kaum Ya'juj dan Ma'juj adalah dari perkataan Siam Islam yang kami ceritakan di sini berlaku sebelum zaman baginda Rasulullah saw. Kelahiran kedua-dua makhluk ini sewaktu dunia akan kiamat kelak adalah sesuatu yang tidak kita ketahui sepenuhnya. Walau bagaimanapun, ada pendapat terbaru yang mengatakan Ya'juj dan Ma'juj pada akhir zaman nanti merupakan makhluk yang dibawa balik oleh negara kuasa besar yang menerokai angkasa lepas. Wallahualam.


... daripada catatan TNL Kasim Ibni TNL Ahmad: Waris Kerajaan Islam Siam Kedah.