Elias Hj Idris
Raudhah di Mesjid Nabawiyah, Madinah


Hadis 1
Abdullah Bin Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solah berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya(uzur) daripada menyertai solah berjemaah maka solah yang dikerjakannya itu tidak akan diterima." Para sahabat bertanya, "Apakah uzur itu?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Takut atau sakit."  -  Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban.

Hadis 2
Diriwayatkan daripada Muaz bin Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w bahawa Baginda s.a.w telah bersabda, "Sungguh-sungguh zalim, kufur dan nifaq bagi mereka yang mendengar penyeru Allah s.w.t yakni muazzin yang menyeru kepada solah, tetapi mereka tidak pergi menyertai solah berjemaah. - Riwayat Imam Ahmad dan Tabarani.

Hadis 3
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya aku benar-benar berhasrat untuk menyuruh anak-anak muda mengumpul kayu api untukku, kemudian aku ingin pergi kepada mereka yang bersolah di rumah tanpa sebarang keuzuran lalu membakar rumah mereka." - Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Tirmizi.

Hadis 4
Daripada Abu Darda r.a bahawa beliau berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Sekiranya terdapat tiga orang di sebuah kampung atau padang pasir dan mereka tidak mendirikan solah berjemaah maka pasti syaitan akan menguasai mereka. Oleh itu, hendaklah kamu mengambil berat tentang solah berjemaah kerana sesungguhnya kambing yang bersendirian akan dimakan oleh serigala."  -  Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasai.

Hadis 5
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Abbas r.a bahawa beliau telah ditanya mengenai seorang yang berpuasa sepanjang hari dan beribadat sepanjang malam, tetapi tidak pergi mengerjakan solah berjemaah dan solah Jumaat. Beliau menjawab, "Dia ialah penghuni neraka."  -  Hadith Riwayat Imam Tirmizi.

Selain daripada ini ada banyak lagi amaran kerana meninggalkan solat berjemaah. Bagi orang Islam, sebenarnya tidak perlu kepada satu ancaman pun, berupa perintah Allah s.w.t dan RasulNya adalah yang paling berharga bagi mereka. Bagi mereka yang tidak menghargai perintah-perintah Allah s.w.t dan RasulNya maka ribuan bentuk ancaman pun tidak memberi sebarang kesan. Apabila sampai waktu akan menerima azab barulah mereka akan menyesal, tetapi sudah tidak berguna lagi.



Nota Peringatan:

"Sumber penetapan hukum atau permasalahan Islam bergantung kepada Al-Quran dan Sunnah. Dalam masa yang sama kita jangan lupa pada Ijma', Qiyas, Masalih Mursalah, Uruf, Istishab dsb."
5 Responses

  1. Anonymous Says:

    SEJARAH SOLAT BERJAMAAH... Ada dikhabarkan pertama2 sejarah Solat Berjamaah bermula tatakala selepas Paduka Nabi Muhammad SAW pulang dari peristiwa bersejarah "Israq dan Mikraj", bagi menerima Rahsia dan Fardhu Solat. Lalu baginda Nabi SAW membangunkan Bonda Siti Khodijah dan Imam Ali dari tidor mereka, utk sama2 mendirikan solat secara berjamaah...

    (PERTAMA) Bermulanya mereka diajarkan cara mengambil Wudhuk. (KEDUA) Kemudian diajarkan mereka cara bersyahadah, mengadakan penyaksian serta membuat pengakuan.. (KETIGA) Kemudian mereka diajarkan cara2 Solat Berjamaah, Nabi SAW sebagei Imam, dan kedua mereka sebagei Makmum... Maka Bonda Siti Khodijah dan Imam Ali yg maseh kanak2 lagi, mereka itulah orang pertama2 memeluk Islam serta telah berbaiah dgn Nabi SAW...

    PERSOALANNYA : (1) Adakah cara2 mengambil Wudhuk yg Nabi SAW ajarkan itu, bersamaan dgn apa yg sekarang kita lakukan..?? (2) Adakah Syahadah yg Nabi SAW ajarkan itu, bersamaan dgn apa yg kita ucapkan lafazkan..?? (3) Adakah cara Solat Berjamaah yg Nabi ajarkan itu, bersamaan dgn apa yg kita amalkan sebagei Imam dan Makmum..?? JAWABANNYA : Ngak diketahui, karna kita telah diasuh Bab Islam secara tradisi, ikut2an dari generasi kegenerasi, semenjak zaman berzaman lagi. Hinggalah Dunia Islam sedang berada diambang liku2 Fitnah Akhirul Zamani...

    Allahu'alam Bissawabbbb....


  2. Jenal Says:

    Terimakasih,Alhamdulillah..



  3. Anonymous Says:

    PERISTIWA ISRAK & MIKRAJ NABI SAW... Dari peristiwa inilah Rasulullah SAW menerima Rahsia Solat. Sejarah tersurat tatakala itu mencatitkan Bonda Siti Khodijah telah wafat, ini koq mungkin kekeliruan cacatan sejarah. Apa yg tersirat dikala itu Bonda Siti Khodijah maseh hidup ada hayatnya lagi. Jika tidak KeIslaman Bonda Siti Khodijah tidak sempurna. Maka Bonda Siti Khodijah dgn Imam Ali yg maseh kanak2, merekalah Ahlubait pertama memeluk Islam, berbaiah terus dgn Nabi. Mereka diajar oleh Nabi bersyahadah, cara berwuduk, cara bersolat. Maka dari sinilah bermulanya SOLAT BERJAMAAH, Rasulullah SAW sebagai Imam, Bonda Siti Khodijah dan Imam Ali sebagai Makmum... Wallahu'alam.....