Elias Hj Idris
Oleh: rafie1357


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Muqaddimah

Masalah taqdir, doa dan usaha ikhtiar sudah menjadi bahan perbincangan berkurun lamanya sehingga banyak golongan yang menjadi sesat. Bahkan ada golongan yang terkeluar dari aqidah Ahlus-Sunnah, terutama disebabkan pegangan mereka pada qadha, qadar dan usaha ikhtiar.

Pada zaman ini pun perbicaraan ini masih belum berakhir. Kekeliruan umat Islam di zaman ini tetap berterusan.

Puncanya, ada banyak pihak yang memuatkan pelbagai artikel dengan menyatakan bahawa doa boleh mengubah taqdir atau usaha ikhtiar boleh mengubah qadha dan qadar Allah dan sebagainya tanpa penjelasan yang sempurna. Kesannya, orang-orang yang membaca tentu akan faham sememangnya 'doa mempunyai kuasa untuk mengubah taqdir' atau 'seseorang itu boleh mengubah nasib sendiri menurut kemahuannya".

Mereka sering utarakan contoh-contoh seperti berikut :

Seorang yang ditaqdirkan miskin lalu berusaha siang malam sehingga berjaya dan menjadi kaya raya.
Contoh lain ialah seseorang yang ditaqdirkan umurnya 40 tahun lalu dia pun membuat pelbagai kebajikan dan doa panjang umur sehingga umurnya dipanjangkan.

Mengikut dakwaan inilah di antara contoh-contoh bagaimana doa mampu mengubah taqdir seseorang. Namun perlu diingat, bahawa kesemua fahaman ini sangat besar bahayanya kepada aqidah dan tauhid seseorang yang berpegang kepada aqidah Ahlus-Sunnah wal-Jamaah.

Sila ikuti penjelasan berikut dengan teliti. Ia bukan bertujuan untuk menafikan kelebihan doa dan kewajipan berdoa kepada Allah swt. Ia juga tidak bertujuan untuk melemahkan seseorang daripada terus berdoa. Pun begitu diharap hujjah-hujjah berikut akan dapat membetulkan i'tiqad pegangan hati ketika kita berdoa dan selepas berhasil doa dan usaha ikhtiar yang dilakukan.

Penjelasannya;

i) Kita sudah membicarakan bahawa taqdir atau qadha dan qadar adalah segala ketentuan Allah ke atas makhluknya pada azali. Sila rujuk http://kerjayahalal.blogspot.com/2010/09/salah-memahami-taqdir-dan-usaha-ikhtiar_02.html

Ketentuan atau ketetapan ini adalah menurut ukuran kehendakNya yang mutlak mengikut ketetapanNya pada azali. Tiada makhluk bersekutu dalam ketetapan ini. Bukan juga sebab sesuatu yang akan dijadikanNya pada zaman kemudiannya, tetapi semata-mata adalah dengan kemahuanNya. Lantaran Allah Ta'ala itu bersifat dengan sifat Maha Berkehendak!

Mencari tumpuan untuk mula berdoa

ii) Ahlus-Sunnah wal-Jamaah berpegang bahawa manusia diberikan usaha ikhtiar, tetapi usaha ikhtiarnya itu tidak akan memberi bekas. Hanya Allah swt yang menentukan segala sesuatu mengikut kemahuanNya. Doa merupakan salah satu daripada usaha ikhtiar manusia. Oleh yang demikian bukanlah doa itu yang memberi bekas, tetapi Allah yang menentukan apa-apa jua mengikut kemahuanNya!

iii) Doa, usaha ikhtiar atau apa sahaja yang datang daripada manusia TIDAK berkuasa untuk mengubah taqdir. Dalam perkataan lain bukan Allah Ta'ala yang mengikut kehendak permintaan atau usaha hambaNya. Jika tidak maka jadilah Allah itu bersifat lemah kerana Dia boleh digagahi; Maha Suci Allah daripada digagahi oleh sesuatu. Sebaliknya, Dialah yang Maha Gagah dan berkuasa di atas segala sesuatu.

iv) Ketika Allah berkehendak menjadikan sesuatu kebaikan pada seseorang atau menolak keburukan daripadanya, maka Allah Ta'ala mendatangkan atau mengilhamkan pelbagai asbab seperti doa dan usaha ke atas seseorang yang sememangnya sudah ada di dalam ketetapan Allah pada azaliNya.

Ini bermakna sudah termaktub dalam ketetapan azali bahawa orang itu akan berdoa atau berusaha kepada apa yang ditentukan oleh Allah sesuai pada taqdir azali. Bukanlah bermakna bahawa ketentuan itu berubah disebabkan oleh permintaan atau harapan dan usaha manusia; tidak sama sekali.

v) Allah Ta'ala bersifat dengan sifat Maha Mengetahui, yakni mengetahui zahir dan batin, mengetahui segala sesuatu dari awal hingga akhir kesudahan alam maya ini. Bagaimana mungkin Allah Ta'ala tidak mengetahui bahawa hambaNya akan memohon kepadaNya dan bagaimana mungkin Allah tidak mengetahui bahawa Dia akan memberikan sesuatu kepada hambaNya bersesuaian dengan permintaan (doa) hambaNya itu?

Jika kita bersetuju bahawa Allah Maha Mengetahui akan hal ini, maka bukanlah doa hamba itu yang mengubah taqdir Ilahi. Sebaliknya permintaan hambaNya dan kabulnya permintaan tersebut dan pemberian Allah kepada hamba tersebut bersesuaian dengan taqdir sejak di azali.

vi) Jika kita bertanya bagaimana dengan firman Allah yang berbunyi; 'Allah tidakkan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya'.

Maksud ayat ini menjelaskan bahawa Allah Ta'ala telah menentukan pada azaliNya bahawa seseorang atau suatu kaum itu akan berubah kepada kebaikan berserta asbab-asbab yang terlihat pada pandangan mata. Maka akan terlihatlah seolah-olah mereka yang mengubah nasib mereka dengan usaha mereka sendiri. Pada hakikatnya 'perbuatan mereka berubah' itu telah pun ditetapkan terlebih dahulu pada azali oleh Allah Ta'ala.

vii) Jika kita bertanya lagi bagaimana dengan hadis Nabi saw yang berbunyi; 'Tidak ada sesuatu yang dapat menolak qadha kecuali doa'.

Pengertian hadis ini ialah apabila Allah menerima dan maqbulkan permintaan seseorang, bukanlah maqbulnya doa tersebut disebabkan oleh doa orang berkenaan dan bukan juga bererti Allah telah mengubah taqdirNya yang azali. Perubahan taqdir itupun telah ditentukan oleh Allah ke atas hamba tersebut. Hanya sanya terlihat pada zahir pandangan bahawa Allah mengubah nasib/ketentuan/qadha yang ada pada seseorang itu disebabkan oleh doanya. Pada hakikatnya itu semua adalah taqdir sejak di azali.

viii) Kita boleh melihat beberapa contoh dalam kehidupan manusia hari ini.

Contoh 1:
Menurut hadis Nabi saw yang sahih, jodoh seseorang telah ditetapkan sejak azali lagi. Jika si Hassan yang lahir di Malaysia ditaqdirkan berkahwin dengan pasangannya yang lahir di Rusia maka akan berlaku jalan-jalan untuk mereka bertemu dan berkahwin. Walaupun mungkin sekali Hassan ingin berkahwin dengan wanita Hindustan yang cantik lalu berdoa siang malam untuk mendapatkan cita-citanya, tetapi jodohnya tetap ada di Rusia. Maka akan berlaku berbagai jalan seperti sama ada dia secara tiba-tiba dia berhijrah ke Rusia atau jalan-jalan lain sehingga mereka bertemu jodoh.

Contoh 2:
Umur setiap seorang manusia yang lahir telah tertulis pada azali. Jika hamba Allah yang bernama Zulkarnain ditaqdirkan menemui ajalnya pada usia 50 tahun di sebuah mesjid pada tanggal 1 Januari 2011, jam 00:00. Dia pasti akan menemui ajalnya tepat pada waktunya - tidak terdahulu sesaat dan terkemudian sesaat walau mungkin sekali dia seorang alim yang banyak kebajikan dan amal ibadatnya. Walaupun dia sering berdoa agar panjang umurnya.

Maksud hadis Nabi tentang panjang umur dengan melakukan kebajikan bermaksud bahawa 'Allah Ta'ala mentaqdirkan seseorang beramal kebajikan yang banyak sehingga dia menemui ajalnya menurut ketetapan Allah pada azali juga'. Ia bukan sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan umum bahawa orang itu berjaya panjangkan umurnya dengan doa dan kebajikan. Fahaman ini amat berlawanan dengan sifat Allah Yang Maha Suci yang bersifat dengan sifat Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Berkehendak.

ix) Sebagai iktibar dan renungan, jika benar pun doa seseorang itu berkuasa mengubah taqdirnya, memanjangkan umur dengan kebajikan, maka orang yang paling layak mendapat kelebihan tersebut adalah Nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم kerana baginda adalah orang yang paling makbul doanya dan paling banyak kebajikan di atas muka bumi ini. Namun umur baginda hanya setakat 63 tahun!

Berikut ini ada beberapa keterangan ayat-ayat Allah, hadis Nabi dan kata-kata ulama Ahlus Sunnah wal-Jamaah yang terkemuka.

Berdoa sebagai tanda mengharap;
pemberian terpulang kepadaNya sesuai dengan ketetapan di azali

Keterangan 1:


Firman Allah Ta’ala : إِنَّ اللَّهَ بَـلِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْراً

Maksudnya: 'Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.' -  At-Talaq 65: 3

Keterangan ke-2:

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
“كتب الله مقادير الخلائق قبل أن يخلق السموات والأرض بخمسين ألف سنة وعرشه على الماء”

Maksudnya: 'Allah Ta'ala telah menulis taqdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan arasyNya berada di atas air'. -  sahih Muslim

Keterangan ke-3:

Firman Allah Ta'ala:  وَإِذَآ أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلاَ مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِّن دُونِهِ مِن وَال

Maksudnya: '...apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya'. -  Ar-Ra'd 13:11

Keterangan ke-4:

Tiada makhluk berkongi kuasa dalam apa jua yang Allah Ta'ala jadikan - dalam apa saja yang Dia perbuat kerana kalimatNya ketika menjadikan sesuatu adalah seperti kalamNya yang Agung.

Firman Allah Ta'ala:  بَدِيعُ السَّمَـوَتِ وَالاٌّرْضِ وَإِذَا قَضَى أَمْرًا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ كُنْ فَيَكُون

Maksudnya: 'Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia'. -  Al-Baqarah 2:117

Keterangan ke-5:

Dari Imran bin Husain radhiyallahu’anhu, dia berkata:
Rasulullah صلى الله عليه وسلم . ditanya: Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui orang yang akan menjadi penghuni syurga dan orang yang akan menjadi penghuni neraka? Rasulullah saw menjawab: 'Ya'. Kemudian baginda ditanya lagi: Jadi untuk apa orang-orang itu harus beramal? Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: Setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjadi taqdirnya. -  sahih Muslim

Keterangan ke-6:

Berkata Shaikh Ibnu Atho'Illah di dalam kitab Hikam: 'Maha Besar hukum azali itu, Dia tidak bersandar pada berbagai sebab'.

Syarahnya: Sesuatu yang ditetapkan pada zaman azali tidaklah memerlukan berbagai sebab. Contohnya seperti sebuah permohonan anda, permohonan anda bukan sebagai sebab adanya pemberian Allah Ta'ala.

Keterangan ke-7:

Berkata Shaikh Ibnu Atha'Illah di dalam kitab Hikamnya: 'Bagaimana mungkin terjadi permohonan anda yang terwujud pada waktu berikutnya adalah menjadi sebab adanya pemberian Allah yang terwujud lebih dahulu?'
Syarahnya: Bagaimana mungkin pemintaan daripada doa anda menjadi sebab Allah menentukan sesuatu pada anda padahal ketentuan Allah telah pun ditetapkan olehNya sejak di azali lagi?

Keterangan ke-8:

Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh berkata :

'Apabila Allah mengabulkan apa yang diminta hambaNya, dan mengabulkan permintaannya, maka IradahNya tidak akan terkoyak, tidak pula akan membuat kering catatan, akan tetapi permohonan itu sesuai dengan kehendak Tuhan pada waktunya. Sehingga sesuai itu menghasilkan pengabulan dan memenuhi kemahuanNya pada waktu yang ditentukanNya, untuk menyampaikan taqdir itu pada waktunya. Seperti yang diakatakan Ahlul Ilmi mengenai Firman Allah: Setiap waktu Dia di dalam kesibukan " -  QS 55: 29, iaitu mengiringi taqdir sampai pada waktunya'.

Allah Ta'ala tidak memberi sesuatu kepada siapa pun di dunia ini kerana doanya. Begitu juga Allah tidak memalingkan kejelikan dari sesiapa pun semata-mata kerana doanya.
Apa yang diriwayatkan dalam hadis Nabi, 'Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa.' - (riwayat at-Tirmizi) adalah dikatakan daripada apa yang dimaksud oleh hadis ini; 'Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa yang telah ditetapkan (pada taqdir azali) dapat menolak qadha.'

[Ertinya doa yang menolak qadha tersebut telah pun ditetapkan oleh Allah dalam taqdir azali, bukanlah disebabkan oleh doa seseorang itu - pent]

Begitu juga seseorang tidak akan masuk syurga di akhirat nanti dengan amalnya, tetapi dengan rahmat Allah. Namun Allah memberikan darjat kepada hambaNya di syurga berdasarkan amal perbuatan mereka.

Itu semua kerana Allah Ta'ala tidak ditunut hak oleh siapa pun, tiada yang dapat mengharuskanNya menunaikan janjiNya. Namun Dia yang melakukan apa yang dikehendakiNya, menyiksa, mengampuni, memberikan nikmat, menyayangi sesiapa pun dikehendakiNya. Tidak ada yang berhak meminta Allah bertanggungjawab ke atas apa jua yang diperbuatNya, tetapi manusia itu diminta dan disoal akan pertangungjawabannya. Dia memberi rezeki tanpa batas dengan rahmatNya dan menolak sesiapa pun yang dikehendakiNya.

[Tiada sesiapa pun yang layak menyoal perbuatan Allah ini - pent]

Bagaimana tidak demikian, sementara makhluk, langit dan bumi dari arasy yang tinggi hingga ke tanah yang rendah Dia yang memiliki dan menciptakanNya. Tidak ada pemilik dan pencipta lain kecuali Dia Yang Maha Perkasa lagi Maha Mulia.

(Setakat ini maka tamat petikan daripada syarahan Imam Jailani radhiallahu anh).


Rumusan Penting:

a) Doa adalah lambang pengabdian diri dan perhambaan manusia di hadapan Allah. Doa adalah senjata mu'min! . Doa adalah ibadah. Maka jadikanlah doa sebagaimana perintah Allah dan ubudiyyah kepada Allah Ta'ala.

b) Allah Ta'ala memerintahkan hamba-hambaNya supaya berdoa dan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai jalan keselamatan dunia akhirat. Maka berusaha sungguh-sungguh atas jalan kebenaran serta menyerahkan diri kepada Allah adalah tuntutan ke atas setiap muslim.

c) Segala perbincangan di atas bertujuan untuk memberikan kefahaman yang benar berkenaan dengan adab dan i'tiqad seseorang ketika berdoa dan sesudah berhasil doanya. Dia perlu membetulkan i'tiqad serta menginsafi ketika berdoa dan sesudah berdoa; samada maqbul doanya atau ditolak doanya atau ditangguhkan doanya semua itu adalah di dalam genggaman Allah Ta'ala.

d) Jika telah maqbul doanya bukan bererti doanya itu berkuasa untuk mengubah sesuatu taqdir pada dirinya samada memberi manfaat atau menolak mudarat. Sebaliknya semua itu semata-mata dengan kurnia Allah Yang Maha Pemurah yang telah pun tertulis di luh mahfuz.

e) Kita sama-sama perlu menginsafi bahawa perbicangan ini bukan bermaksud untuk melemahkan seseorang daripada berdoa. Sebaliknya seseorang itu semestinya lebih kuat lagi berdoa kerana Allah sedang memberikan kebaikan kepada dirinya untuk berdoa dan benar-benar mengharap bahawa Allah akan memaqbulkan doanya.

Semoga kita semua termasuk golongan yang selamat, Ahlus-Sunnah wal-Jamaah yang dijamin oleh Nabi sebagai golongan yang selamat.


Rujukan utama:
1. Fathur-Rabbani wa-Faidhur-Rahmaniy
2. Adab As-Suluk wa-at-Tawassul Ila Manzilal Muluk
3. Al-Hikam Ibnu Atho'illah
4. Ihya Ulumuddin
5. Tafsir Ibnu Kathir


Sumber: http://kerjayahalal.blogspot.com/2010/09/muqaddimah-masalah-taqdir-doa-usaha.html[/u]

Untuk parking:

Puak-puak Jabariah mempercayai bahawa Allahlah yang menentukan nasib seseorang dari segi qadak, qadar, rezeki, mati, syurga neraka dan segala ketentuan hidup manusia ibarat kayu yang mati. Dia umpama wayang kulit yang dimainkan oleh Tuhannya; kalau ditakdirkan dia masuk neraka maka jika berbuat baik macam manapun dia tetap akan masuk neraka.

Sementara puak Qadariah mempercayai bahawa Allah telah memberi usaha ikhtiar, perkakas, kudrat iradat, peralatan lisan dan sebagainya. Jadi manusialah yang akan menentukan nasib qadak dan qadar, syurga neraka disebabkan usaha berada di tangan manusia. Allah telah bagi kapak parang dll, jadi buatlah kerja dengan 100% tanpa gangguan Allah; seolah-olah Allah telah pencen!
 
Kedua-dua golongan ini terkeluar daripada Islam. Sedangkan ahli Sunnah wal-Jamaah duduk di celah-celah antara kedua-duanya .Kalau kita ditakdirkan lelaki lalu berdoa untuk jadi perempuan pun tidak dapat sebab Allah telah kerasi dgn takdir itu, tetapi kalau kita berdoa untuk panjang umur memang ada dalam doa. Maknanya Allah membenarkan manusia untuk panjang umur seperti ketetapan yang telah sedia ada di azaliNya.
25 Responses
  1. Anonymous Says:

    saudara..saya bukan ulamak..dan hampir memahami apa maksud saudara....saudara boleh smks saya dan saya hubungi saudara..penting...0129897553..tapi saya mula confuse...sedangkan ALLAH MEMANG BERKUASA..DAN JUGA DIA ADA SIFAT MAHA BELAS KESIAN SERTA MAHA PEMURAH...JADI KEMUNGKINAN AKAN MENJADI KITA LEMAH DENGAN PENJELASAN SAUDARA ITU..MEMAMG ALLAH TELAH TETAPKAN..MISALNYA.KALU KITA DI TETAPKAN MISKIN..MAKA KALU BERDASARKAN PENJELASAN SAUDARA..KITA BERDOAPUN..MAKA TETAP MISKIN..KERANA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH APA YANG AZALI..SEDANGKAN ALLAH ADA SIFAT BELAS KESIHAN DAN MAHA MENDENGAR SERTA MAHA MENGABULKAN...PADA PANDANGAN SAYA YANG TIDAK ARIFF PASAL HUKUM DAN BERDASARKAN PENERANGAN SAUDARA .. DOA KITA AKAN MENJADI SIA SIA..PADA SAYA KALU ALLAH MENGKABULKAN DOA..BUKAN BERMAKNA ALLAH LEMAH..TIDAK SAMA SEKALI.....KALU BERDASARKAN PENERANGANB SAUDARA...TOLONG MISS CAL SAYA DAN SAYA AKAN CALL SEMULA..IKHLAS..DEMI KERANA ALLAH..WAN


  2. Anonymous Says:

    Ingin tahu apa kesimpulan dan jawapan dari pertanyaan saudara Wan kepada kepada Encik Hj Idris,dan harap dapat diketengahkan dalam blog ini...Terima kasih,Assalamualaikum..


  3. Anonymous Says:

    Ingin tahu apa kesimpulan dan jawapan dari pertanyaan saudara Wan kepada kepada Encik Elias Hj Idris,dan harap dapat diketengahkan dalam blog ini...Terima kasih,Assalamualaikum..


  4. ANIA NIQIYSA Says:

    Pada hakikatnya;;Berdoalah kepadaKu, niscaya akan aku kabulkan”- adalah sebuah janji yang mutlak tidak mungkin diingkari oleh Allah Swt. karena sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji (QS. Ra31).teruskan lah berdoa.kadag2 ilham setiap manusia berbeza.maka adalah lebih baik berpandukan Al-quran..teruskan lah berdoa..Allah pasti makbulkan.yakin dengan Allah.jangan pernah putus asa dengan mengharap hanya pada Allah. skadar perkongsian.


  5. Unknown Says:

    Memang ketentuan takdir/qadar Allah bersifat Ghoib tidak ada seseorangpun jua yang mengetahuinya kecuali Allah sendiri. Tapi Perintah Allah untuk terus berdo'a dan juga Sabda Nabi bahwa "tidak berubah suatu qadar kecuali dengan do'a" Berdasarkan ini maka sebagai Muslim kita wajib berdo'a, masalah dikabulkan atau tidak itu adalah ketentuan Allah sendiri. Sabda Nabi "berusahalah kita maka Allah akan mendekatkan ketentuan taqdirnya kepada orang itu" bukan usaha dan do'a yang memiliki kekuatan tidak, tetapi sebagai hamba wajib memohon. Mari kita belajar lagi tentang taqdir dll ini jgn sampai kita kesasar jalan. Wallahu bisawab


  6. Anonymous Says:

    Ada diriwayatkan ketika Nabi Ayob AS menghidap penyakit berat, beliau tidak berdoa pada Allah supaya disembuhkan penyakitnya itu. Kerana beliau tahu penyakitnya tidak akan sembuh ketika itu. Beliau redho atas ujian Allah padanya.. Apabila beliau tahu "sudah tiba masanya" janji-Nya Allah penyakitnya itu akan sembuh, beliau berdoa pada Allah. Lalu Allah sembuhkan penyakitnya itu...

    Itu adalah salah satu rahsianya Takdir ketentuan Ilahi, Kadak dan Kadar-Nya Allah pada hamba-Nya. Ada kalanya ketentuan janji-Nya Ilahi itu ditetapkan masanya oleh Ilmu Allah Yg Serba Tahu. Namun kita sebagai hamba-Nya janganlah berputus harap, berdoa dan berikhtiar. Kerana manusia itu bergantong hanya pada Allah Yg Maha Berkuasa.. Allahu'alam...


  7. ariel Says:

    assalamualaikum...sy tidaklah arif tentang ilmu qada dan qadar ini.Tetapi,Di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, taqdir terbahagi kepada dua jenis:

    Taqdir Mubram: Ini ialah taqdir yang muktamad dan ia tertulis di Luh Mahfuz. Tidak ada apa-apa pengurangan, penambahan atau pengubahan kepada taqdir ini.

    Taqdir Mu’allaq: Ini ialah taqdir yang tertulis dalam catatan para malaikat. Dengan kehendak Allah, taqdir ini boleh tetap dan boleh berubah bergantung kepada sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia. Mu’allaq bererti tergantung.

    Taqdir Mubram ialah apa yang Allah ketahui dan tulis 50,000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi. Taqdir Mu’allaq ialah beberapa arahan dari Taqdir Mubram untuk dilaksanakan oleh malaikat ke atas alam ini, termasuklah manusia. Di antara Taqdir Mu’allaq ialah Taqdir Awal Kehidupan, Taqdir Tahunan, Taqdir Setiap Masa sebagaimana yang dijelaskan dalam soalan: “Wujudkah penulisan lain bagi taqdir Allah selain di Luh Mahfuz?”

    Berdasarkan sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia dan kesesuaiannya dengan kehendak Allah, apa yang tercatat dalam Taqdir Mu’allaq boleh diubah oleh Allah. Namun pengubahan itu tidak terkeluar dari apa yang Allah sedia ketahui dan tulis dalam Taqdir Mubram.

    Dalil untuk dua jenis taqdir ini ialah firman Allah Subhanahu waTa’ala:



    يَمْحُو اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ.

    Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umm al-Kitab (Luh Mahfuzh). [al-Rad 13:39]



    Firman Allah: “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki)” merujuk kepada Taqdir Mu’allaq.

    Firman Allah: “Dan di sisi-Nya-lah terdapat Umm al-Kitab (Luh Mahfuzh)” merujuk kepada Taqdir Mubram.

    Kepentingan untuk mengetahui dua jenis taqdir ini ialah apabila kita menemui ayat al-Qur’an atau hadis yang memberi gambaran sesuatu amalan boleh mengubah taqdir, maka taqdir yang dimaksudkan di sini ialah Taqdir Mu’allaq dan bukan Taqdir Mubram


  8. pada hakikatnya..ada satu riwayat yg disebutkan bahwa tatkala Umar bin Khattab dan rombongannya melakukan perjalanan ke suatu tempat di Syiria, dan beliau tiba-tiba dikabarkan bahwa tempat yang dituju sedang dilanda penyakit wabak, (penyakit menular), kemudian Umar bermusyawarah dengan rombongan untuk mencari jalan keluar (way out ), lantas Umar dan rombongan sepakat untuk membatalkan perjalanan tersebut dan kembali ke Madinah, kemudian salah seorang sahabat yang bernama Abu Ubaidah tiba-tiba memprotes keputusan Umar yang tidak ingin melanjutkan perjalanan:

    فَقَالَ أَبُو عُبَيْدَة بْن الْجَرَّاحِ: أَفِرَارًا مِنْ قَدَرِ اللَّهِ؟ فَقَالَ عُمَرُ: “لَوْ غَيْرُكَ قَالَهَا يَا أَبَا عُبَيْدَةَ – وَكَانَ عُمَرُ يَكْرَهُ خِلاَفَهُ – نَعَمْ نَفِرُّ مِنْ قَدَرِ اللَّهِ إِلَى قَدَرِ اللَّهِ”.

    Abu Ubaidah bin al-jarrah berkata““Apakah kita hendak lari menghindari taqdir Allah?” Umar menjawab: “Benar, kita menghindari suatu taqdir Allah dan menuju taqdir Allah yang lain”.

    Hadits ini memberikan gambaran jelas bahwa takdir itu bukan hanya satu melainkan berbilang.

    Untuk mengakhiri bahasan ini saya sebutkan suatu kisah, di mana pada suatu hari malaikat Izra`il, malaikat pencabut nyawa, memberi kabar kepada Nabi Daud a.s., bahwa si Fulan minggu depan akan dicabut nyawanya. Namun ternyata setelah sampai satu minggu nyawa si Fulan belum juga mati, sehinggalah Nabi Daud bertanya, mengapa si Fulan belum mati-mati juga, sementara engkau katakan minggu lepas bahwa minggu depan kamu akan mencabut nyawanya.

    Izra`il menjawab, “ya betul saya berjanji akan mencabut nyawanya, tapi ketika sampai masa pencabutan nyawa, Allah memberi perintah kepadaku untuk menangguhkannya dan membiarkan ia hidup lagi untuk 20 tahun mendatang, Nabi Daud bertanya, mengapa demikian?, Jawab Izra`il: orang tersebut sangat aktif menyambung silaturrahim sesama saudaranya. Karena itu Allah memberikan tambahan umur selama 20 tahun kepadanya.

    Jadi sebagai kesimpulan, semua peristiwa, kejadian dan keadaan yang telah dan yang akan kita hadapi, semuanya di dalam pengetahuan dan pengamatan serta kekuasaan Allah, yang tidak terbelenggu, tidak diikat dan tidak dibatasi oleh masa.

    Takdir ada yang boleh berubah dan ada yang tidak akan berubah, yang boleh berubah dikenal dengan istilah Qada Mu’allaq, yaitu takdir yang bergantung dan bersayarat, sementara takdir yang tidak akan berubah dinamakan sebagai Qada Mubram, yaitu takdir yang pasti berlaku pada diri seseorang.

    Adapun langkah untuk merubah takdir (nasib) yang mu’allaq adalah sebagai berikut:

    1) Berusaha, yaitu dengan melakukan aksi terhadap apa saja yang diinginkan terjadi perubahan atasnya.

    2) Berdo’a, yaitu memanjatkan harapan kepada Allah terhadap maksud yang diinginkan diqabulkan olehNya.

    3) Tawakkal, yaitu menunggu keputusan, hasil daripada usaha dan doa yang diminta.
    Setelah hal di atas dilakukan, maka kita tinggal menunggu ketentuan Allah yang disebut dengan (takdir). Dan untuk menambahkan keyakinan kita terhadap perubahan takdir mu’allaq, ada baiknya kita renungi bersama ayat di bawah ini:

    يَمْحُو اللّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ -الرعد: 39-

    “Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisi-Nya-lah terdapat Ummul-Kitab (Lauh Mahfuzh)”.

    Semoga dalam bulan ramadhan ini, segala amal dan doa yang kita panjatkan kepada Allah Swt, boleh menurunkan qada mu’allaq yang Allah sudah sediakan kepada kita semuanya. Amin.


  9. Black Ops Says:

    "Allah tidak akan mengubah naseb sesaorang itu melaenkan manusia itu sendiri berusaha utk mengubahkannya..." Ini adalah kata2 peransang dari sudut kepentingan Syariat semata2... Pada sudut Hakeqatnya manusia itu tidak ada daya upaya utk mengubahnya, manusia itu tidak ada pilihan menentukan takdirnya, semuanya telah ditentukan oleh Allah Yg Maha Memaksa semenjak azali lagi...


  10. Benar spt kata Black Ops tu...
    Mmg setiap takdir tu tlh Allah swt tentukan sejak di azali lg. Kita diseru panjatkan doa (sbg wadah kebergantungan sang hamba akan Khaliqnya).
    Sejauh mana kejayaan doa berkait dgn takdir tu adalah dlm maklum Allah swt jua. Kita dipinta berusaha tanpa putus-asa (pun perbuatan dimurkai jg). Wallahu-a'laam.


  11. Unknown Says:

    Semua sudah siap tertulis untuk kita. Perjalanan hidup kita mengikut skrip yg ditulis.Sekiranya kita mengalami hidup yang susah pada hari ini, itupun sudah tertulis. Kemudian kita berdoa dan berusaha untuk mengatasi kepayahan itu, maka perbuatan berdoa dan berusaha itu pun sudah tertulis juga. Beberapa masa kemudian nasib kita berubah , maka perubahan itupun sudah tertulis juga. Perubahan bukan kerana usaha dan bukan kerana doa. Perubahan itu kerana Allah yang menetapkan setelah kepayahan itu sipolan membanyakkan doa dan memulakan usaha baru untuk membaiki kekehidupannya. Doa dan usaha itu hanyalah ikhtiar hamba yang mempunyai nilai ibadah/perhambaan semata-mata bukannya mempunyai keupayaan untuk mengubah nasib yg menimpa. Seandainya ikhtiar mampu merubah nasib, maka sudah tentu orang yang kuat bekerja akan kaya. Tidak begitu. Berapa banyak orang yang bekerja bertukus-lumus tetapi tidak juga kaya-kaya. Benarlah apabila allah berfirman, Tidak Aku jadikan jin dan manusia hanyalah untuk memperhambakan dirinya kepadaNya. Maknanya 24 jam setiap orang mesti menzahirkan sifat perhambaan itu samada didalam pekerjaan atau apa sahaja aktivitinya. Apabila bekerja tidak menjadi hasil, maka itu sepatutnya tidak menjadi hal kerana sudah takdir..sudah tertulis. Redha sahaja. Apa yang kita dapat? Nilai ibadah... walaupun tidak satu sen pun diperolehi dari kerja itu. Bila sampai masanya mengikut skrip Allah, maka sipolan itupun akan samapi masa untuk melakukan sesuatu kerja yang menjadi hasil kekayaannya. Oleh itu jangan lawan takdir Allah bila ianya tidak serasi dengan diri kita, sampai masa dengan izinNya sipolan itu seperti tertulis sejak azali menjadi kaya..maka sipolan itu akan menerimalah Qadha' Allah untuknya menjadi seorang kaya. Wallahu A'lam. Kalau tidak benar, perbetulkan.


  12. Anonymous Says:

    Hasil drpd perbincangan ini, maka nampaklah kekurangan kita..Siapalah kita dlm membicarakan kemegahan Allah dlm membuat keputusan untuk diri kita. Tiada jawapan mutlak untuk persoalan ini. Yg perlu kita laksanakan adalah melakukan yg terbaik dgn kudrat yg diberikan dan redha dgn keputusanNya. Redha itulah manifestasi yg luhur dan tinggi. Bila kita redha, bukan keputusan itu yg kita mahukan tp nikmat redha itu lagi tinggi. Tiada lg ku mahukan hanya ku tahu Aku bersama tuhanku..


  13. Unknown Says:
    This comment has been removed by the author.

  14. Unknown Says:

    Ya saya setuju benar sekali


  15. Unknown Says:

    Ya saya setuju(kena lalui sendiri dengn musyahadah)takdir di azali bukan hanya di dunia malah di akhirat dan selama²nya,semia di dlm perangcanganNya
    Kita berdoa dan usaha mcm biasa dan hakikatNya dlm hati semuaNya sudah ditetapkan


  16. azfar rafza Says:

    KOMEN PALING TERBAIK!


  17. Unknown Says:

    Jadi Allah cipta Iblis dan tetapkan dia masuk ke neraka.
    Orang ditetapkan miskin akan miskin selamanya?
    Mcm pelik je....


  18. Hari yang baik untuk semua warganegara Indonesia, nama saya Nurul Yudianto, saya ingin berkongsi kesaksian hidup saya di sini di platform ini supaya semua warganegara Indonesia berhati-hati dengan pinjaman pemberi pinjaman di internet dari NIGERIA dan lain-lain sebahagian daripada AFRICA,

    Setelah beberapa lama cuba mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk memohon pinjaman online tetapi saya menipu dan kehilangan Rp18.7 juta, kepada seorang wanita di Saudi Arabia dan Nigeria.

    Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya mengadakan perbincangan dengan kawan saya, Puan Rika Nadia (rikanadia6@gmail.com) yang kemudiannya memperkenalkan saya kepada Lady Esther, Pengurus Cawangan Firma Akses Pinjaman, jadi kawan saya meminta saya memohon LADY ESTHER, jadi saya Screams dituangkan dan dihubungi LADY ESTHER. melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com)

    Saya memohon pinjaman sebanyak Rp200 juta dengan kadar faedah sebanyak 2%, supaya pinjaman itu diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit, karena tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk transfer pinjaman, saya telah diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari satu setengah jam wang yang dipinjam telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah sebanyak Rp200 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Allah telah menjawab doa saya dengan buku pinjaman dengan pinjaman asal saya, yang telah memberikan saya keinginan hatiku.

    Semoga Tuhan memberkati LADY ESTHER untuk mewujudkan kehidupan yang adil bagi saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan LADY ESTHER dengan baik melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com) atas pinjaman anda

    Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk meluangkan masa untuk membaca kesaksian hidup saya yang benar tentang kejayaan saya dan saya berdoa kepada Tuhan untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda. anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui e-mel saya: (nurulyudianto2@gmail.com) Salam


  19. Unknown Says:

    Allah makbul mengikut kehendakNya sesuai dgn Hamba itu dan bukan ikut kehendak Hamba...kalau Allah makbul doa mengikut kehendak Hamba maka kelam kabut lah dunia ini ..bayangkan semua org minta sihat dan kalau Allah makbul ikut kehendak manusia hrmm tak ujudlah Sakit dan tak ujudlah institusi kesihatan


  20. Angga Annisa Says:

    Hai semuanya, Nama saya Angga Annisa dan saya berbicara sebagai orang yang paling bahagia di seluruh dunia hari ini sebelum sekarang saya secara finansial dipukul tanpa harapan akan bantuan apa pun, tetapi ceritanya akan segera berubah ketika saya bertemu dengan Ibu. Saya sangat senang untuk mengatakan keluarga saya kembali untuk selamanya karena saya membutuhkan pinjaman sebesar Rp.700juta untuk memulai hidup saya di sekitar karena profesi saya karena saya seorang ibu tunggal dengan 3 anak dan seluruh dunia tampak seperti itu tergantung pada saya sampai Tuhan mengirim saya kepada sebuah perusahaan yang mengubah hidup saya dan keluarga saya, perusahaan yang takut akan Tuhan, ISKANDAR LENDERS, mereka adalah Juruselamat Tuhan yang dikirim untuk menyelamatkan keluarga saya dan pada awalnya saya pikir itu tidak akan mungkin sampai saya mendapat pinjaman sebesar Rp.700 juta dan saya akan menyarankan siapa pun yang benar-benar membutuhkan pinjaman untuk menghubungi Bunda Iskandar melalui email. [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com] karena ini adalah pemberi pinjaman yang paling memahami dan baik

    Contact Details:

    e_mail Address:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com>>>>
    WhatsApp:::+6282274045059
    Company::Iskandar Lenders"""""
    Loan Amount:::Rp.700juta
    Name:::::Angga Annisa
    Country::::Indonesia
    Occupation:Trader
    Year:April,2020


  21. Unknown Says:

    Kita di suruh berdoa dgn tinggi harapan...maka doa tersebut menjadi Amal Solah dan Ibadah ...Allah akan makbul ikut kehendakNya adakala sesuai dgn Doa Hamba dan ada doa yg Allah tentukan yg seseuai dgn keadaan dan kedudukan hamba itu ...Allah Maha Pengasih pada Semua HambaNya


  22. Hai semuanya, Nama saya Sani Abdul dan saya berbicara sebagai orang paling bahagia di seluruh dunia hari ini sebelum sekarang. Saya dikalahkan secara finansial tanpa harapan bantuan, tetapi ceritanya akan segera berubah ketika saya bertemu dengan SIR RYAN CEANIC. Saya sangat senang mengatakan keluarga saya kembali selamanya karena saya membutuhkan pinjaman Rp.700 juta untuk memulai hidup saya karena profesi saya karena saya seorang ayah tunggal dengan 3 anak dan seluruh dunia sepertinya bergantung pada saya sampai Tuhan mengirim saya ke perusahaan ini yang mengubah hidup saya dan keluarga saya, perusahaan yang takut akan Tuhan, RYAN CEANIC LOAN FIRM, mereka adalah Juruselamat Tuhan yang dikirim untuk menyelamatkan keluarga saya dan pada awalnya saya pikir itu tidak akan mungkin sampai saya mendapat pinjaman sebesar Rp. 700 juta dan saya akan menyarankan siapa saja yang benar-benar membutuhkan pinjaman untuk menghubungi SIR RYAN CEANIC melalui email. [ryanceanicloanfm@protonmail.ch] karena ini adalah pemberi pinjaman yang paling memahami dan baik Rincian Kontak: e_mail Alamat: ryanceanicloanfm@protonmail.ch >>>> WhatsApp ::: + 4915772501298 "" "Perusahaan :: RYAN CEANIC LOAN FIRM" "" "" Jumlah Pinjaman ::: Rp.700 juta Nama ::::: Sani Abdul "" "" .Negara :::: Indonesia "" "Pekerjaan: Pedagang" "" Tahun Saya Mendapat Pinjaman Saya: April, 2020 "" "" "Email Saya :::: abdulsaniabdul11@gmail.com


  23. LILOW YETTY Says:

    Kabar Baik Nama saya LILOW YETTY, warga negara Indonesia, dari jakarta selatan. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran penting kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman dengan sangat hati-hati karena internet penuh dengan penipu, Beberapa pemberi pinjaman di sini untuk menipu orang dan merobek uang hasil jerih payah mereka, tetapi Ibu Yuliana adalah berbedaBeberapa bulan yang lalu, saya benar-benar membutuhkan pinjaman tetapi bank tidak dapat menawarkan saya, karena mereka membutuhkan jaminan nyata, yang tidak dapat saya berikan. Saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman online dan saya menipu sekitar 19 juta, mencoba membayar biaya tak berujung yang saya tidak pernah tahu adalah semua kebohongan dan bagaimana mereka menipu orang tak berdosa yang membutuhkan bantuan. Saya hampir mati, sampai seorang teman merujuk saya ke pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Mother yuliana, pemilik ANTHONY YULIANA LENDERS, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan mereka meminjamkan saya jumlah pinjaman Rp 700.000.000 dalam waktu kurang dari 48 jam pemrosesan dengan tingkat bunga 1% dan mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.
    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank setelah membayar asuransi pinjaman dan biaya transfer, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya mengetahui bahwa jumlah yang saya ajukan telah dikreditkan ke rekening bank saya

    Saya memutuskan untuk mengingatkan dan membagikan kesaksian saya tentang Bunda Yuliana agar orang-orang dari Melayu dan Indonesia dapat memperoleh pinjaman mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman, silakan hubungi Bunda Yuliana melalui email: (anthony.yulianalenders@gmail.com) nomor whatsapp +13234026088 BBM INVITE (E37F9BCC)

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (lilowyetty21@gmail.com) dan Ibu Hendra yang memperkenalkan saya dan memberi tahu saya tentang Bunda yuliana, Dia juga menerima pinjaman dari Bunda yuliana. Anda juga dapat menghubungi dia melalui email: (hendramay77 @ gmail.com) Sekarang saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis besar di kota saya, Semoga Allah terus memberkati Bunda Yuliana untuk pekerjaan yang baik dalam hidup saya dan keluarga saya.


  24. Nama: __ Hendi Zikri Didi
    Bandar: _______________ Melaka
    pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
    Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com

    Halo semua, berhati-hati untuk mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu dengan banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipu saya hampir menyerah, sehingga saya bertemu dengan rakan yang baru sahaja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada firma PINJAMAN AASIMAHA ADILA AHMED yang sah, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman dalam masa kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada menjadi miskin dengan hutang. jadi saya nasihatkan semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.

    Pusat Permohonan / Perhubungan
    E-mel: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ____________________ + 447723553516


  25. Trinaleach7 Says:

    Terima kasih atas informasi yang diberikan.
    Izin kami beri informasi seputar mesin usaha untuk jualan bensin eceran.
    Jual Mesin pom mini digital.
    Pengiriman ke seluruh Indonesia.
    Gratis Info : 082311159791
    Harga Pom Mini