Elias Hj Idris
Serangan dari Laut

KOSMO keluaran 28 Mac, 2010 telah melaporkan seorang duda maut, sementara teman wanitanya parah ditetak dalam bilik hotel mewah di Port Dickson.

"Suasana hening awal pagi di sebuah pusat percutian mewah di atas air di pantai Port Dickson semalam bertukar gempar apabila seorang ahli perniagaan, Ramli Osman, 40 ditemui mati tersandar di kepala katil. Teman wanitanya, 26 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur cedera parah di kaki dan tangan. Kedua-dua mereka dipercayai ditetak dengan parang.

Dalam serangan kira-kira jam 4.30pagi itu, mangsa dari Shah Alam maut akibat cedera parah di perut.

Polis masih menyiasat motif serangan, tetapi yakin ia bukan rompakan kerana barang berharga kedua-dua mangsa tidak dilarikan. Siasatan awal polis juga mendapati suspek mungkin menceroboh dari laut kerana pintu bilik hotel itu didapati berkunci dari dalam. Kes itu disedari apabila wanita itu menginterkom penyambut tetamu bagi meminta bantuan selepas kejadian.

Mereka didapati mendaftar masuk ke situ pada jam 3.00 petang sebelumnya. Namun hubungan wanita itu dengan si mati masih belum diketahui."


Satu thread telah dibuka oleh diabetes_ESULIN di Tranungkite Online;

Kes Mati Kena Tetak Lepas Berzina

Ingat tau tidak satu kes di sebuah resort,seorang usahawan melayu islam ditetak hingga mati. Usahawan berkenaan umur sekitar 50an dan teman wanitanya 27tahun. Apa mereka buat berdua dalam bilik? Usahawan itu kena tetak dalam jam 4 pagi.


Kes zina dan bunuh. Lepas berzina dan kemudiannya kena bunuh.

Hasilnya ia mendapat reaksi daripada forumers berikut;

banjau wrote:

Betul atau tidak dia berzina hanya Allah yang maha mengetahui...janganlah kita tuduh orang kalau tiada bukti dan tak pasti...dosanya amat besar. Menuduh orang zina ditambah satu lagi dosa fitnah dan umpat juga buka aib orang....orang tu dah mati kita nak minta maaf kat siapa... tak pasal2 buat dosa kering.

ikanlepu wrote:

Takpe la lain kali bila nampak sedara kita ke lelaki-pompuan mengada-ngada, cium-cium depan kita usah la ditegur. Jgn syak apa2 - nanti dosa!

banjau wrote:

Tegur dan menegah dari perbuatan mungkar itu satu kewajipan....tapi tuduh orang zina satu dosa besar macam juga menuduh Anwar liwat...kita tak pasti apa yang berlaku jadi jangan buat dosa fitnah pagi2 ni...maaf bro jangan marah pulak, dah solat dhuha belum?

pendamai wrote;

Kalo dah depan mata tegur la bro...betullah apa yg sedara banjau katekan...kita tak tahu nasib kita kat sane...syurga atau neraka hak Allah..tapi kalo bab banteras maksiat kalo dah nampak depan mata tegur2 la ye n kalo tak mampu berdoa la kite supaya orang yang buat maksiat tu dibuka pintu hatinye ya....

Pak-kaLAH wrote;

Kalau ada hudud..penulis artikel nie wajib disebat 80 kali kerana menfitnah orang zina tanpa membawa 4 saksi.... Kau nie orang PAS ke?

banjau wrote;

Rentikan la topik nie... banyak pulak aib orang kita bukak nanti.... Ingat janji Allah nanti aib kita pulak kena bukak di dunia dan akhirat... baik kita cari formula macam mana nak menang kat Hulu Selangor... dan calon yang terbaik dari PAS, aku ingat ada satu cikgu kat sana namanya Cikgu Syukur yang bertanding kat DUN Hulu Bernam - dia pun boleh juga diketengahkan.

tuai_rumah wrote:

Bukan ke si lelaki tu umor 40thn, tak baik menuduh, kita tau dia berdua2an, tapi belum tau berzina atau tidak....

jepp wrote;

Kalo berdua-duaan dengan bukan muhrim, dikira khalwat.... zina? Wallahualam.

Ketika thread ini sedang hangat diperkatakan, tiba-tiba Moderator TKO menutupnya atas alasan ia berkait dengan hukum qazaf.

Saya tidak ingin mempersoalkan apa-apa sekadar memperbetulkan silap tanggapan teman-teman terhadap maksud fitnah dalam masyarakat. Bagi yang cuba mempertikai teman-teman lain agar jangan cuba memfitnah, pertama sekali harus difahami apa yang dimaksudkan sebagai fitnah?

Fitnah ialah mengada-ngadakan cerita dengan tujuan menimbulkan kebencian orang lain terhadap si mangsa yang tidak bersalah. Jika mewar-warkan si pencuri yang masuk ke dalam kampung, ia bukan dikira fitnah. Demikian juga jika seseorang itu kaki maksiat dan perosak anak dara dan isteri orang; maka kehadirannya itu wajib diwar-warkan. Ia bukan fitnah, tetapi muslihatnya adalah untuk menyelamatkan mereka yang tidak berdosa daripada terjebak menjadi mangsa serakahnya.

Siapakah orang fasik? Mereka terdiri daripada orang-orang mukmin yang melakukan dosa kecil. Jika dosa kecil itu dilakukan secara berulang-ulang maka tarafnya ikut naik menjadi munafik. Orang munafik juga terdiri daripada mereka yang apabila bercakap, dia bohong; apabila berjanji, dia mungkir; apabila diberi amanah, dia khianat; dan apabila bertengkar, dia mesti nak menang. Ada 4 tanda yang jelas dan pasti bagi seseorang yang dikira munafik.

Bagi si pelaku maksiat, berikut ini adalah peringatan Allah swt dalam Surah at-Taubah: 63;

"Tiadakah mereka tahu bahawa barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, sesungguhnya untuknya neraka jahannam, serta kekal di dalamnya? Itulah kehinaan yang besar.

Komen: Siapakah kita untuk menafikan ketetapan Allah bagi si pelaku maksiat?

Seterusnya dalam Surah at-Taubah: 73 Allah swt memperingatkan Nabi saw;

"Hai Nabi, berjuanglah terhadap orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan keraslah terhadap mereka. Dan tempat mereka dalam neraka jahannam. Itulah tempat kembali yang jahat."

Seterusnya, bagi orang-orang seperti ini Allah swt telah menetapkan batasan-batasannya. Lihat Surah at-Taubah: 84 berhunung dengan larangan Allah swt.

"Janganlah engkau sembahyang atas seseorang yang telah mati di antara mereka selama-lamanya dan jangan pula engkau berdiri di atas kuburnya (buat ziarah). Sesungguhnya, mereka itu kafir terhadap Allah dan Rasul-Nya dan mereka itu mati, sedangkan mereka itu fasik."

Jadi, sdra pendamai - harap jelas dengan maksud ayat di atas ini. Jangan sdra atau banjau menjadi terlebih pandai daripada Allah swt pula. Dek terlalu nak berhikmah langsung tanpa sedar kita menafikan di antara ketetapan dan larangan Allah swt. Sedangkan, sebagai Pencipta, tentu Dia lebih mengetahui akan segala-galanya.

Bila ketemu kejadian seumpama ini, biarkan.
Siapalah kita, kan pendamai er Pak_kaLAH?
Err... belum tau lagi lepas ni diaorang akan berzina, yeak!
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    KAMI TIDAK BERZINA. en ramli osman adalah rakan baik saya. teruskanlah umpatan terhadap arwah. banyak pahala yg beliau bakal dapat. terima kasih.


  2. Anonymous Says:

    Saudara Elias Hj Idris.

    saya mengenali arwah Ramlee osman sejak tahun 1982 lagi, apa yang boleh saya nyatakan, dia, susah nak cakap, yang saya tahu dia baik,dan jangan terkejut, dia biasa menghadiri tamrin, program qiamulail, dan tidak pernah melakukan dosa besar.

    walaupun saya keliru dgn berita kematian beliau, tapi saya tidak terfikir beliau melakukan zina sebelum itu.

    dan secara jujur, ianya mengajar saya tidak menjadi munafik lagi apabila berdepan cerita begini lagi, saya meminta ampun kpd Allah Swt, saya mengaku, sebelum ni jika ada kisah begini sebelum ni, saya mengaku, saya mudah membuat kesimpulan, tp kematian ramlee osman mengajar saya supaya jika ada apa apa berita lagi selepas ni melibatkan mana mana manusia, yang perlu saya buat ialah saya sebolehnya tidak memikir@respon apa apa berpegang kepada tiada empat saksi, begitulah indahnya islam dan Allah SWT supaya kita diminta menyediakan empat saksi sebelum menyabitkan seseorang dengan tuduhan zina.